Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/e1rsbco/public_html/hafriz/wp-content/plugins/facebook-import-comments/classes/FacebookCommentImporter.php on line 185
Your browser (Internet Explorer 6) is out of date. It has known security flaws and may not display all features of this and other websites. Learn how to update your browser.
X
Post

Berserabut

Seminggu dua ni kepala ada sedikit berserabut lah, fikir untuk fyp lagi, fikir untuk midterm exam yang akan berlangsung tak lama dah lagi. then fikir untuk apa yang tak patut difikir pun ada jugak.

Alhamdulilah ada beberapa post yang lepas dapat juga buat untuk bagi sesuatu ilmu kat sesapa yang kunjung blog ni. ilmu yang diberi tu boleh dikongsi2 bersama lah, sebab ilmu tu hak Allah. kita manusia hanya perlu mencari je.

cuma dalam keadaan mencari, jangan kita terlalu bergantung kepada orang lain, maksud bergantung kepada orang lain, usaha dulu sendiri, tak boleh baru cari orang untuk mencari penyelesaian utk kita. tapi jangan bebankan orang tersebut kerana mereka ini pun ada masalah dan juga bebanan mereka sendiri. ada sesetengahnya hantar sms untuk di ajar bagaimana menggunakan itu ini. walhal kalau di lakukan “googling” dengan sedikit extra keyword, berlambak tutorial dalam internet yang bersesuai untuk mereka ini ikuti. hanya perlukan “effort” dari diri kita untuk melakukannya. bukan hanya bergantung kepada orang lain.

maaf jika terdapat beberapa orang yang saya tak balas sms nya bertanyakan itu ini. bukan tidak mahu menjawab. tetapi masa dan keadaan dan kos yang tidak mengizinkan. malahan saya sendiri pun mempunyai masalah sistem saya sendiri dan rasanya anda sendiri pun boleh memikirkan, kalau coding saya bermasalah macam mana saya nak cari penyelesaian? kalau anda boleh tanya dengan saya, saya nak tanya dengan siapa?

istilah bijak @ bijok @ cerdik di sini tidak boleh diterima pakai langsung. kerana saya sendiri bermula dari zero sama macam anda semu, istilah menyatakan bahawa saya pandai dalam programming juga boleh disangkal di sini, ini kerana guru saya disini adalah internet semata-mata, sehingga dalam satu masa untuk menyesaikan cara untuk delete sesuatu record saya menggambil masa 2 hari!!!!.. untuk menyelesaiakan satu teknik looping dan mencari ralat bagi sesuatu coding yang saya lakukan mengambil masa seminggu. dan anda? tak mahu merasa jugak ke cari error dalam masa seminggu? semua nak bidang terjun. nak cari jawapan dalam masa “tap” petikan jari.

saya mula membina sistem daripada semester lepas lagi. dan saya memang amat rasa terhina bila setiap kali orang berjumpa dan bercakap pasal sistem fyp mereka ini akan melabelkan saya “hafriz dah siap.. dia bijak takpe”. ayat yang langsung tak leh pakai. kenapa meletakkan satu taraf yang ntah ape-ape yang memang tak layak saya pegang? yang mengeluarkan statment tu takde pulak tau brapa lama dah saya start melakukan sistem ni. kalau seminggu saya buat sistem dan siap. itu baru dikatakan BIJOK,. tapi tak.. saya mulakan 3 bulan lagi awal dari anda semua. dan adakah saya perlu menerima sedikit habuan daripada hasil saya ni? mesti lah saya nak.. saya mesti nak rasa aman damai.. tanpa perlu memikirkan pasal sistem lagi jika sistem saya dah siap….

kepada kawan-kawan yang masih belum “start” untuk final year projek. saya nasihatkan mulakan lah dari sekarang. mungkin sekarnag saya akan menjawab panggilan / email / sms korang, tapi di waktu2 genting satu hari nanti, saya mungkin akan mengabaikan semuanya kerana saya pun ada tangung jawab saya sendiri. untuk diri saya sendiri.. jangan tuding jari kepada saya menyatakan saya pentingkan diri, tapi ingat 4 jari lagi mengarah kepada anda. dan fikirkan lah siapa sebenarnya pentingkan diri?

yang masih dalam status “explore” letakkan status anda itu di satu titik noktah. kerana exploration anda sepatutnya sudah berakhir. buka mata dan cari apa sebenarnya yang inginkan. Yang perlukan tunjuk ajar dari saya, saya alu-alukan, datang aje ke bilik 24jam setiap hari, setiap malam saya di sana.. tapi jangan bawa tangan kosong, saya berikan contoh, anda perlu fahami contoh yang saya berikan, saya takkan “tolong” menulis untuk anda, saya takkan “tolong” mencari untuk anda tetapi, saya cuma akan guide anda untuk capai apa yang anda mahukan. jika basic anda dah ada. sudah tiba masa anda berdiri dengan kaki sendiri dan membangunkan sendiri sistem anda.

p/s maaf jika ada yang terasa hati. ini luahan perasaan. bukan nak condem sesiapa. dan tiada niat untuk mengecilkan hati sesiapa

Related posts:

  1. Berserabut
  2. My Last Class
  3. My First Blog Post
  4. home sweet home
  5. Have Your Own Personel Assistant

Leave a comment  

name*

email*

website

Submit comment