Your browser (Internet Explorer 6) is out of date. It has known security flaws and may not display all features of this and other websites. Learn how to update your browser.
X
Post

Teladan Padang Pasir I

Seperti dijanjikan, aku nak bercerita pulak pengalaman berada di antara salah satu negara yang terbesar di benua afrika iaitu di Sudan Afrika.

aku berkesempatan mengikut ayahnda yang dihantar kesana bekerja dengan salah sebuah syarikat GNPOC (great Nile Petroleum Oil Company). sebelum bertolak ke sana, memang ayahnda dah maklumkan keadaan negara di sana yang mundur, kami mungkin perlu tinggal didalam rumah yang diperbuat daripada tanah liat dan beratapkan lalang2africa(macam dalam crite national geography tu). jadi kami tak kesah semua tu, janji dapat bersama dengan ayahnda tersayang yang terpaksa pulang 2-3 bulan sekali. baru dapat jumpe.

jadi pertama kali menaiki kapalterbang yang memakan masa lebih daripada 8 jam. memang sronok, muvie ada dalam tu, game ada. tapi gitu lah. macam duk atas katil tak bleh ke mane-mane. kadang tu boring jugak lah.. sakit punggung jalan2 sket dalam kapal terbang tu, gi toilet ke. gi intai2 kat dapur kapal terbang tu ke.. tapi time kami pergi, kami naik pesawat emirate yang mana ayahnda lebih berminat memilih pesawat daripada negara UAE atau negara islam yang lain. Ini kerana bagi tidak berlaku waswas sewaktu kedarah dalam pesawat tersebut.

jadi sampai di lapangan terbang khartoum. kami disambut dengan satu mesingan yang berada ditengah2 landasan bagi mengawal ketenteraman. oleh kerana sudan adalah salah satu negara yang masih bergolak. jadi mungkin kerajaan mereka mengambil langkah berjaga-jaga. memang keadaanya bagi kami yang jaran2 melihat mesingan ditengah2 lapangan terbang (kecuali mesingan yang dijadikan bahan sejarah) rasa teruja ada rasa sedikit gusar pun ada.

kami sampai di sudan pada waktu magrib. turun jer daripada kapal terbang, dah merasa haba padang pasir yang hangat2 tanpa humidity yang tinggi. atau panas tapi badan tak berpeluh. so kami disambut oleh pemandu berbangsa sudan yang membantu kami membawa beg-beg masuk ke dalam van.

keadaan lapangan terbang antarabangsa mereka ialah lebihkurang dengan lapangan terbang kuala terengganu (yang sebelum direnovate). sambil2 sampai ke rumah, kami mengambil gambar di dalam van, cuma didalam van sahaja tempat yang lebih selamat untuk mengambil gambar @ video, ini kerana, pihak berkuasa sudan melarang sesiapa untuk mengambil gambar di tempat public (cth : masjid, pasar, lapangan terbang dan sebagainya) pernah satu rombongan daripada TV3 datang untuk melakukan dokumentasi  keluarga petronas disana di halang untuk melakukan pengambaran di salah satu pasar basah mereka, walaupun permit telah di minta melalui kedutaan malaysia.

bila melalui jalan-jalan yang berdebu, dan tengok keadaan rumah yang kebanyakkan rumah batu, aku dah rasa,. conform terkena ngan ayahnda, ayahnda sekadar ingin melihat reaksi kami sekeluarga apabila sampai. tidak teralu berharapkan keadaan yang baik seperti di malaysia. jadi apabila tiba, kami naik kerumah kami (rumah seperti apartment. dibawah ada pengawal keselamatan bersenjata) dan seterusnya berehat melepaskan penat.

…………………………………….

itu sewaktu kami mula tiba. aku disana bersekolah di Khartoum American School. yang mana salah sebuah sekolah

KAS
Khartoum American School

swasta menggunakan silibus amerika. sesampai disana. kami yang tidak berapa fasih berbicara mat saleh ni kadang2 melopong ajer lah. tapi lama kelamaan. Alhamdulilah keadaan tu berubah kerana nak tak nak kene bertutur jugak.

keadaan disana takda lah teruk mana. tapi oleh kerana kurang pembangunan yang mana kereta keldai masih digunakan sebagai pengangkutan utama untuk mengangkut barang. jalan tak bertar pun banyak. menyebabkan ia sedikit kelihatan mundur.

shoping complex disana hanyalah “suk-suk” atau pun pasar yang kami ada banyak disana.. ada suk bahri, dan macam-macam lah. kasi tau kat pemandu apa yang nak dicari, dan dia akan bawa kita ke tempat tersebut.  suk-suk disana adalah lebih kurang menyerupai kedai pasar payang di malaysia. keadaan kalau orang tak biasa memang akan merasa sedikit kotor lah keadaan suk-suk dia. tapi bagi kami yang memang dah biasa dengan suasana kampung. takde masalah mende tu semua. kadang-kadang gi suk sana memang seronok, sebab kadang-kadang kita boleh jumpa mende-mende yang jarang kita boleh jumpa, barang-barang antik dan kadang-kadang dia cara dierorg bertukang pun unik. sebab kat sana dierorg bertukang dengan cara menggunakan apa yang ada disekeliling. ada stu barang aku pernah hantar kat bengkel dierorg iaitu stand camera. stand camera tu patah kat bahagian sokongan dia, so memang takbleh nak buiat ape dah. so jalan lain ialah buang jer. tapi nak buang sayang. so aku pun bawak gi bengkel dierorg. dierorg tak sampai 2 minit dengan kepakaran yang ada. dierrog boleh rebet balik aloy sokongan yang patah tu. dan terus boleh guna tanpa masalah.

Chiken Shawarma
Chiken Shawarma

kat sana tempat makan ala-ala restoran fast food ialah 2 tempat jer.
satu tempat ayam golek. satu agi, pizza HOT. ya pizza HOT, bukan pizza hut. pizza HOT dia ada 2 jer choice, iaitu pizza ayam atau daging. kadang tu mintak pizza ayam

di berinya pizza daging. dan satu makanan yang aku suka kat situ ialah sharwarma (sejenis kebab) sos dia mengancam tu. kalau ada peluang nak buat sendiri kat malaysia memang aku nak blajar sangat cara buat shawarma tu. Dan skarang rindu sangat nak makan sharwarma tu. dulu kat ampang point ada jual sharwarma tu, tapi skarang dah takde la jual. walaupun agak mahal tapi sangup aku beli. dan walaupun tak sama macam sharwarma kat Sudan (sini guna mayonis) tapi boleh laaa… hahaha

satu lagi ialah kedai ayam golek. kedai ayam golek kat sebelah pizza hot tu sedap jgk, ayam golek yang diperah air asam. tapi kiterog tak pernah makan kat kedai sana, kita orang bawak balik rumah makan kat rumah. sebab kat kedai makan, untuk air minum kebanyakkan hanya jual chai (teh pekat sudan) dan juga air botol mirinda, strawbery dan sebagainya tu. tapi kat sana dia tak sediakan gelas. jadi kita minum guna botol tu terus (jenis botol kaca). kadang-kadang straw pun tak disediakan. just sapu mulut botol tu dan “togok” jer lah.. hahaha..

so berbalik kepada tajuk asal. di luar restoran-restoran aku ceritakan tadi. kebiasaanya akan menunggu dua-tiga orang kanak-kanak yang berpakaian lusuh dan biasanya akan dibawa sorang bayi bersama (adik dia). aku pernah tanya kepada kawan aku namanya abdel, anak kepada tokey kilang biskut di Sudan. dia kata, budak-budak ni adalah mangsa kepada peperangan, dierorg datang sini daripada tempat bertelagah dan takda cara lain merempat dan mintak sedekah.

pernah satu ketika, sewaktu aku menanti kawan di dalam van, aku lihat budak2 ni yang duk menanti kalau-kalau ada orang yang bermurah hati sedekah makanan kat dierorg . ya makanan.. kenapa aku kata begitu? sebab apa yang aku lihat sewaktu tunggu kawan aku dalam van balik dari sekolah tu meruntun hati ni. bila mana ada salah seorang pelanggan yang makan kat luar, then roti yang dimakan tak habis, so dia buang roti tu dalam tong sampah di luar restoren. budak ni tadi, nampak brother tu buang dalam tong tu.. berlari-lari berebut nak ambik cebisan roti tu. Ya Allah, masa tu rasa macam nak tercabut hati.

Aku juga pernah, singgah kat kedai beli air botol mirinda tu nak hilangkan kering tekak, so botol tu adalah cawan kat sana so lepas minum kat luar restoren dah sediakan kotak utk letakkan botol tu balik lepas dah minum. so ada bahagian tak habis, kawan sudan aku ni pun paksa aku minum habis, aku kata takbleh nak habis dah, so aku keluar jer terus restoren dan konon-konon nak baik hati bagi kat budak-budak ni… dengan air yang tinggal beberapa inci jer dalam botol tu, dierorg berlima sewaktu tu berebut dan bergaduh sesama sendiri untuk bahagikan air tu. jantung rasa macam runtuh, aku bersalah menyebabkan mereka bergaduh, kalau aku dengar apa kawan aku cakap tadi, mesti tak jadi masalah macam tu. keadaan masa tu macam pertandingan berebut coklat… berebut satu mende yang memang payah untuk mereka merasai. sebab tu lah kawan aku tu marah kalau aku belikan sesuatu yang tak cukup untuk dibahagiakan beramai-ramai (contoh budak tu berkumpulan 5 orang, apa yang aku nak bagi tu kurang daripada tu) so lebih baik kita simpan jer niat tu supaya tak berdosa pulak kita menyebabkan mereka bergaduh, mereka dah takde mak ayah, keadaan susah, so antara mereka tu lah adik bradik mereka. jadi satu kesilapan buat dierorg gaduh kan…

so lepas daripada tu aku lebih berhati-hati, kalau nampak budak2 tu sorang baru lah bagi, kalau tak… takyah bagi.. takyah bagi lagi baik..

so kawan Sudan aku ni pun bukak crita, memang keadaan sini macam tu, dia sendiri lebih suka  berikan barang daripada duit. kalau duit takut budak-budak ni buat beli rokok ke beli mende-mende tak patut. so dia lebih suka beli barang dan bagi, oleh sebab kawan aku ni anak tokey kilang biskut, so dalam bonet kereta dia penuh biskut, dan biskut tu lah dia akan bagi kat budak-budak ni tadi.

so next aku cerita kisah yang diceritakan oleh salah seorang general worker kat tempat komplex perumahan kiteorg.

Post

worst ever!!

will post and continue only after i can graduated …~

Post

Kenapa saya (Blogging)?

hari ni ntah kenapa dapat idea untuk start post dengan tajuk kenapa saya. ye lah, dalam seharian selalu bila kita nak lakukan sesuatu, kita akan bertanyakan diri kita dahulu, apa tujuan kita lakukan perkara tersebut. so kali ni aku nak ceritakan kenapa dan mengapa sebenarnya aku mula start blogging atau menulis blog.

1. mula-mula dulu aku start blogging sekadar untuk mencari satu ilmu baru, iaitu ilmu blogging, dan tujuan asalnya juga adalah sebab aku nak masukkan profil aku ke dalam internet sebab dulu aku banyak buat freelance, oleh sebab itu, alang-alang buat simple profile site, aku buat blogging skali.

2. Bila dah start blogging, ilmu yang aku cuba cari adalah teknik menceritakan dan bercerita yang baik kepada orang lain. ye lah, bila kita blogging ni kita belajar satu cara macam mana nak memahamkan apa yang kita nak ceritakan. tambahan lagi, aku bab mengarang ni sangat teruk (sekarang makin lagi teruk). jadi konon-konon boleh lah asah-asah daripada blogging ni.

3. Bila boring jer aku blogging, ya untuk isi masa lapang. kadang-kadang tu bila aku boring, aku tak tau nak buat ape aku mula start blogging, kalau ikutkan dalam draft blog aku ni bertambun mende yang aku duk crite tapi tak di post.. ahahah.. sebab ape? sebab kadang-kadang kita blog ni untuk suka-suka. tapi dalam masa suka-suka tu kita tak mahu perkara yang kita suka-suka tu jadi satu kesedihan dan kesusahan untuk kita. so setiap kali aku nak start bercerita kat korang, aku akan memikirkan “consequent” tindakan aku. jadi samada butang publish tu rela ditekan atau butang “save Draft” sahaja sanggup ditekan :P . so jangan plak pasni setiap kali ada new post korang ingat aku tengah boring.. hahaha.. tapi kalau post yang merapu tu ade lah..

4. Perkongsian sesuatu yang ilmiah, bila aku blogging, aku sambil2 tu berkongsi apa yang patut dikongsikan dalam blog aku ni. antaranya aku akan kongsi coding-coding dan teknik-teknik dalam programming. tujuan asal sebenarnya untuk aku mudah melakukan rujukan jika aku perlukan maklumat yang sama di suatu hari nanti. ye lah, apabila kita di bidang IT sudah semestinya kita akan berjumpa dengan perkara yang sama setiap masa. jadi cara ni dapat membantu lah (kalau sesapa rasa membantu) dalam mereka menyiapkan assignment dan juga takperlu aku ajar orang dua kali. kadang2 bila orang datang, 10 kali datang pun orang selepas tu akan bertanya mende yang sama. jadi lebih baik jika aku suruh dierorg buka blog then cari maklumat yang dierorg nak tau kat situ.

5. Belajar skill design mengdesign.. dan juga beberapa apps yang bleh digodek-godek. ya, sebab tu aku pilih wordpress, sebab wordpress ni dia ada macam-macam yang boleh digodek, di pelajari. tapi cuma 1 mende, bile dah tau kita akan jadi boring kalau gune mende yang sama setiap masa.. eekekeke..