Blog tibe2 jadi ngong
lepas seminggu aku tak buka and post sesuatu, tibe2 dapat lah tag dari si areap ni. tetapi bile nak login, panel admin aku jadi blank.. duk puas2 godek2 upload buh kat database lain. tukar database pusing tu pusing ni. takmo juga dia kluar. dan last but not least… aku remove semua plugin. baru lah kluar. ni duk add satu persatu mana satu empunya plugin yang buat onar.
tapi kepelikan berlaku kat sini sebabnya lebih setahun aku tak pernah add apa-apa plugin. so sepatutnya bila last aku transfer ke server baru ni dah elok dan bleh posting. so sepatutnya takde masalah di hari-hari kemudian. tapi ni main tiba2 jer. upgrade pun takde aku buat. hermm takpe lah.. bazir satu malam aku
so sebelum berceloteh panjang. kat sini aku nak kongsi kat semua pelawat. kalau korang nak ada blog macam ni, kami di exaglobal enterprise boleh membantu, dengan serendah RM90 sebulan korang akan dapat satu blog dengan nama korang sendiri cth : ahmadalbab.com.
apa package dia? dan macam mana nak melangan, korang jangan risau, kami akan sediakan semuanya utk korang. ada beberapa package menarik mampu milik yang pihak kami sediakan. untuk maklumat lanjut just call 0129280321 atau email kepada info@exaglobal.net
sekian
p/s areap nanti next post eh tag mu.. baru jer dapat posting balik ni .. wahaha
worst ever!!
will post and continue only after i can graduated …~
PITA dan blog
Kali ni pembentangan ada sedikit kecoh dengan hal bloging yang dilakukan oleh student-student yang mengambil pita. ya aku pun blogging jugak. tapi Alhamdulilah stakat ni kutuk mengutuk pun jika perkara tersebut adalah mende yang benar, aku akan lakukan proses tersebut. namun begitu. perkara itu tak akan tercetus di laman blog atau di search engine!!!
guru kita bagi aku sepatutnya ditatang seperti ibu bapa kita, kadang-kadang sifat anak kecilan (kecil lagi ke) kita mudah memberontak.. namun begitu sebenarnya kita tiada hak melakukan perkara tersebut. tapi apa kan daya manusia kadang-kala tersilap cara dalam menyampaikan cara pemberontakkan mereka.
untuk guru-guru, sifat anak kecil, jika memberontak, selama mana mereka boleh memberontak. dengan pemikiran yang matang, perkara tersebut akan difikirkan balik kebaikkan dan keburukan apa yang mereka lakukan. walaupun tak segelintir, tetapi yang segelintir lagi yang percaya dengan tindakan guru mereka itu untuk mendidik jangan di abaikan. jangan di hukum kesemuanya disebabkan sifat keanak-anakkan sesetengah mereka ini.
blog pula boleh dijadikan tempat cetusan rasa, cetusan idea dan juga boleh menjadi medan perkongsian ilmu antara kita, jika kita mengolah cara kita ‘menyampai’ mungkin ia lebih baik. kembali kepada tujuan asal kita mula ‘berblog’ kepada yang ingin berkongsi ilmu, kembali kepada tujuan asal. kepada yang ingin menjadikan blog mereka hangat.. ingat kembali tidak semua yang akan bersetuju dengan cara kita.
utk kawan-kawan, jaga lah hati guru masing-masing.. guru sekolah tadika ke, skolah rendah ke skolah menengah ke, hingga ke menara gading, mereka adalah ‘guru’ kita.. ilmu yang mereka berikan akan kita bawa sehingga ke liang lahad.
sekian