Dua racun berjadual dalam 2 produk
KUALA LUMPUR 11 Nov. – Kementerian Kesihatan menasihatkan orang awam tidak membeli atau menggunakan produk tradisional pelangsing badan, Langsing Alami dan produk kosmetik, O’Lynn Skin Lightening Cream yang didapati mengandungi racun.
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Eisah A. Rahman berkata, kedua-dua produk berkenaan dikesan mempunyai racun berjadual serta boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.
Menurutnya, bagi produk Langsing Alami, pengesanan racun berjadual Sibutramine didapati boleh mengakibatkan kesan tidak diingini seperti palpitasi, tekanan darah tinggi dan serangan jantung jika digunakan tanpa pengawasan doktor.
‘‘Produk berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang mengandungi Sibutramine hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh daripada farmasi dengan preskripsi doktor,’’ katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Bagi produk O’Lynn Skin Lightening Cream beliau berkata, racun berjadual Tretinoin telah dikesan di dalam produk berkenaan.
‘‘Seperti Sibutramine, penggunaan Tretinoin juga hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau ahli farmasi malah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik,’’ jelasnya.
Related posts:
Leave a comment
langsing alami itu pengeluarnya apa yer..
confuse sgn prodk lasmi dr herblindo sm-indonesia
jes
23 April 2009
hai jes,
sorry, tak dapat memberikan maklumat lanjut, mungkin boleh tengok maklumat description daripada pengeluar, atau rujuk bahagian Perkhidmatan Farmasi untuk maklumat lanjut. berita ni just petik dari akhbar sahaja.
tq
h@fr|z
23 April 2009