Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/e1rsbco/public_html/hafriz/wp-content/plugins/facebook-import-comments/classes/FacebookCommentImporter.php on line 185
Your browser (Internet Explorer 6) is out of date. It has known security flaws and may not display all features of this and other websites. Learn how to update your browser.
X
Post

ekor~

ekor, banyak mende bleh ditafsirkan, dari segi makanan ekor tu sedap di buat sup dan makan dengan nasi. mengabang l-ekor tu adalah satu tempat. meng’ekor’ pula bermaksud mengikut-ikut. so alkesahnya pasal ekor ni. disebabkan lama tak gunting mengunting rambut ni, so rambut dah panjang sangat so aku pun melakukan proses carian kedai yang sesuai utk gunting rambut, kalau kat pak tuyu tu senang jer, memang dah ade kedai panel, kedai lan, tapi kat sini baru berpindah so kene cari dulu lah kawasan mana ada kedai gunting sesuai, so pada awalnya aku gi ke kawasan blakang astaka, iaitu salon zack, tapi tutup lah pulak so berjalan2 slow2 jumpe satu kedai kat jalan tok lam. so aku park motor tepi tu. masuk kedai. ala.. pakcik  tua lah plak tukang gunting nye oleh sebab selesa ngan aircond dia kau pun tak kesah lah…janji rambut tergunting rapi.

aku masuk kedai kosong. so memang turn aku lah. pakcik ni bagus, pendiam, tak macam tukang gunting biasanya banyak jgk pot petnye. tengah2 duk gunting ni, datang sorang pakcik berkupiah putih, bagi salam, dan cakap. “datang ni nak mintak singit”. erk aku terdiam sekejap. tapi dalam kepala aku dah tau mesti dia ni kawan tukang gunting ni. pakcik tkg gunting ni jawab. kedai baru bukak, takde lagi. pakcik tkg gunting ni geleng kepala. dan mulut dia kluar. hermm masalah negara betul lah… suke sangat main nombor ekor. erk terkedu aku.. pakcik berkopiah putih tu rupenye mintak singit utk gi main nombor ekor? ishhh dengan umur dah melankaui separuh abad. kupiah di atas kepala. sepatutnya dia tak melakukan lagi dah tak patut berangan2 untuk jadi “bakal jutawan” patutnya dia jadi jutawan dan patut sibuk dengan cari saham akhir pulak.

aku tak komen ape2 pun lepas pakcik tkg gunting tu cakap camtu. aku diam jer, mengomel dalam hati jer lah.

ape-ape pun, dunia skarang ni luaran yang bersih, sejuk hati memandang tak semestinya bersih jgk di dalam. yang nampak luaran tak bersih dan sakit mata memandang lagi lah susah.. ape-apepun. aku berdoa agar seluruh ahli keluarga aku dijauhi daripada perkara2 yang tak baik di dunia ini.

p/s hasil gunting kat kedai pakcik tu, tepi ok, atas ok, tapi blakang slack lah… hahahah.. takpe lah pakcik… next time gua tak pergi dah .. hahaha… ape pun kesimpulannya, orang muda kene gi bergunting di kedai orang muda. kalau orang tua yang gunting. conform fesyen orang tua lah .. hahah

sekian

No related posts.

Leave a comment  

name*

email*

website

Submit comment