Final Year Exam Comming
Assalamualaikum Wbt
lama tak post crite mengarut dalam blog ni, so dalam perjalanan menghabiskan semester 4 ni, macam-macam hal terjadi, kadang2 malas nak pikir pun ade.
1st aku mintak maaf banyak2 kat rakan-rakan senior mahupun rakan-rakan lain yang cuba menghubungi atau sms ke email ke tanya pasal coding. sorry lah. aku sendiri 2 system belum siap lagi. jadi keadaannya amat huru hara, bukan tak mahu berkongsi, tapi keadaan yang tak sesuai. korang pun kejar project korang. aku pun ada mende untuk di tumpukan. kalau korang nak aku ajar time cuti semester nanti boleh jer. tapi aku pasti tak nye sebab time tu korang pun nak holiday!!! tapi bleh plak pikir gitu.
jadi di sini we must think each other k. jangan tambahkan satu beban kat orang lain hanya kerana nak kurangkan beban kita. itu bukan cara yang baik sebenarnye
dalam banyak-banyak study, lepas satu study aku akan google crite-crite lawak tujuan utk merelex2kan diri agar tak tensen sangat, semester lepas cara lain. tapi semester ni cara lain.
dan insyAllah juga kalau dipanjangkan umur di murahkan rezeki, aku nak cari part time jobs kat KL balik, seperti semester2 pada zaman diploma dulu. tak boleh lah duduk kat sini. dan menggunakan cara “mencari project” semata2 kerana habuk pun takdak. last2 budget utk semester akan datang lari pulak. jadikan pengajaran untuk semester yang lepas.
so final dah dekat, tekanan pun semakin kuat, lecturer pun duk buat test tu test ni. jadi aku doakan untuk diri aku, dia dan juga kawan2 berjaya dalam final ni.
tinggal 2 lagi semester to go.. fuhhhh~
p/s semalam aku ada post pasal kesah guru dan murid. tapi internet hampeh. terus ilang. so malas dah nak ulang. kekeke.. kire post lain pulak lah
Related posts:
Leave a comment