Gempur Bas Degil
KUALA LUMPUR: Sikap degil pemandu bas penumpang yang meletakkan kenderaan di kawasan yang boleh menghalang lalu lintas menyebabkan mereka dikompaun Unit Trafik dan Tunda Bahagian Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Ops Halang siri ke-4 di sini, semalam.
Operasi itu diadakan di beberapa ‘kawasan panas’ sekitar ibu kota dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Alam Sekitar.
Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan) DBKL, Mohd Sauffi Muhamad, berkata dalam operasi kali ini tiada adegan lari atau gaduh membabitkan pemandu bas penumpang ketika diminta memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan seperti yang berlaku dalam operasi sebelum ini.
“Namun disebabkan masih ‘mengekalkan’ sikap penting diri, mereka dikompaun dan sebanyak 51 kompaun dikeluarkan dalam operasi ini.
“Ops Halang akan berlanjutan pada masa akan datang berikutan kejayaan yang dicatatkan dalam siri operasi sebelum ini.
“Terdapat tiga kawasan utama yang sering berlaku kesesakan akibat sikap pemandu bas iaitu di Jalan Sultan, Jalan Pudu serta Jalan Tun HS Lee (berhadapan Bangkok Bank),” katanya dalam sidang media selepas Ops Halang berkenaan di sini, semalam.
Menurut Mohd Sauffi, antara kesalahan yang dilakukan pemandu terbabit adalah meletakkan kenderaan di garisan kuning, membuat halangan fizikal serta meletak kenderaan bertindih.
Diceduk dari harian metro
————————————————————————————————————————————————-
Setuju sangat lah penguatkuasa buat gempuran ni. lame dah hati sakit tiap kali jem disebabkan pemandu bas port dierorg punye bas kat tengah jalan menyebabkan kenderaan lain tak boleh nak lalu. dierorg bleh brenti sesuke hati jer mane2 rase nak brenti nak turunkan penumpang. kalau KL ni banyak bahu jalan takpe lah, ni bahu jalan pun takde. bile dierorg berenti kat tempat bas stop pun, bukan nak brenti kat kawasan dierorg, brenti kat luar.
kalau dierorg kene saman depan aku.. dah aku boo ni.. baru puas hati wahahahaa
Related posts:
Leave a comment