keda beki beskal

Filed in Lawak , Meroyan 0 comments

baru-baru ni aku ada ke satu kedai basikal apek kat kampung aku ni kat dungun. tujuannya bukan nak baiki basikal, tapi nak buat kunci memandangkan kedai dia tu boleh kita duplicate kunci.

so tiba kat kedai dia, aku bagi kunci untuk di duplicate. kunci berjenis “solex” ni memang susah sket nak duplicate. ape pun apek tu cakap.. takpe takde masalah.

jadi sambil duk boring-boring aku pun tilik satu persatu barang dalam kedai tu. dan terpandang lah aku akan satu keping poster kat dinding kedai uncle tu. poster tu menulis harga setiap servis yang ditawarkan. so aku baca satu persatu. memang konpem uncle ni “pior” orang terengganu. kenape? tengok gambar kat bawah

kedaibekibeskal

tampal = tapal

pasang = pasan

mudguard = mag gat

belakang = pelakan

carrier = carre

handel = handle (pronouce dalam bhs terengganu : hand-da)

beki = baiki (pronouce dalam bhs terengganu : bek-ki)

Sipi = speed (gear pada basikal yang moden. bahasa terengganu dipanggil gear speed);

kebanyakkan bahasa “basikal” adalah bahasa orang terengganu jer faham. antaranya “bong” (pronouce : bon)

rasanya banyak lagi bahasa-bahasa yang pelik-pelik kalau aku kumpulkan ni.. hahaha.. bila baca satu-satu rasa macam nak pecah perut suke pun ada. tapi itu lah. bila apek yang tau dialek terengganu sahaja. salut utk apek!!

Related posts:

  1. one wish list crossed
Posted by h@fr|z   @   19 February 2010 0 comments
Tags : , , ,

Share This Post

RSS Digg Twitter StumbleUpon Delicious Technorati

0 Comments

No comments yet. Be the first to leave a comment !
Leave a Comment

Previous Post
«
Next Post
»
G-scale designed by Make Your Own Website In conjunction with Web Hosting   |   Watch Movies Online   |   Computer Repair