Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/e1rsbco/public_html/hafriz/wp-content/plugins/facebook-import-comments/classes/FacebookCommentImporter.php on line 185
Your browser (Internet Explorer 6) is out of date. It has known security flaws and may not display all features of this and other websites. Learn how to update your browser.
X
Post

kerana budu setitik 2…

sambungan daripada kesah yang lepas…

korang mesti terpikir kan kenapa aku buat tajuk kerana budu setitik… sbnrnyer makna tersirat daripada kerana budu setitik tu ialah ilham daripada peribahasa kerana nila setitik.. rosak susu sebelanga. tapi perbezaan diantara peribahasa aku ni.. ialah bermaksud, keseronokkan atau kelebihan sesuatu perkara itu tidak akan orang lain nampak kecuali kita suka kepada perkara tersebut. kiranya kalau korang suka, maka korang akan nampak mende tu indah. sebagai contoh, budu, tak semua orang suka budu, tapi kerana budu setitik tu lah, nasi kerabu pasar malam jadi sedap, kerana budu setitik tu lah (kalau orang yang suka budu) korang akan menambah nasi berpinggan-pinggan. tapi kalau korang tak suke, korang akan tutup hidung lah, memang korang takkan makan lah.. tapi gitu lah keadaannya. tak semua orang akan suka apa yang kita suka. tak semua orang sama cita rasa dengan kita. kalau budu bagi aku adalah satu kelebihan @ kebaikan, mungkin bagi orang lain, satu keburukan dan potong stim ar…

so bersambung balik dengan kesah ITAC baru-baru ini. lupe dah mane stop..  so petang tu kiteorg pergi berjungle treking pulak, aku paling suke waktu camping ni adalah tidur, memang tidur kat sini damai ajer (sblm berlaku krisis). so memang shok ar kalau dapat tidur sana.. ekeke..

so kiteorg start jungle traking pukul 3. lepas smyang jumaat pukul 2, aku terus mencari katil buai ku yang sedap tu then sempat lelapkan mata sejam. nasib baik topek kejut aku, kalau tak memang aku miss ar jungle treking tu. thanks to topek. so kami melalui banyak denai-denai, dan beberapa anak bukit melalui beberapa gua. yang seronoknya bila part dekat nak sampai gua, memang trasa angin dia semakin sejuk dan memang shok lah. sampai dalam hati aku, aku cakap sronok ni kalau boleh landing (tidur) kat sini. eheheh tidur lagi…

so perjalanan yang memakan masa lebihkurang 2 jam. so dalam kol 6 kiteorg balik ke campsite balik..

so itu jer lah kot aku nak crite.. next post aku akan crite part buruknya iaitu yang aku akan cuba naikkan hit kat google. so biar orang kenal perangai para pendidik di KMP. tungggu……
—————-
Now playing: Ukays – Sebak

Related posts:

  1. Kerana Budu Setitik 1…
  2. Tiada Sivik
  3. kerana manusia
  4. kenangan
  5. Kenapa saya (Blogging)?
  • [...] Aku naik bukit ni dalam aktiviti Jungle Trekking, aku kumpulan pertama masuk hutan manakala kumpulan Hafriz lepas Sembahyang Jumaat. Aku pun kurang pasti kenapa nama dia Bukit Tonggek, mungkin sebab [...]

  • pendek lak kali ni. haha
    aku tunggu entri ketiga :D

    TMUkmkd

    1 March 2010

Leave a comment  

name*

email*

website

Submit comment