Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/e1rsbco/public_html/hafriz/wp-content/plugins/facebook-import-comments/classes/FacebookCommentImporter.php on line 185
Your browser (Internet Explorer 6) is out of date. It has known security flaws and may not display all features of this and other websites. Learn how to update your browser.
X
Post

~kerja Part I

Assalamualaikum WBT

kesahnya, nak cari duit waktu cuti sem, tapi dengan kadar segera dan banyak dan dekat ngan rumah. jadi risik melalui mak aku, mak cakap ade keje kat satu restoren dekat dengan rumah. jadi pada 30hb aku gi kedai tu tanye, dengan skali interview skali, terus dia cakap esok start lah. keje sebagai waiter.

mule2 aku dah letak sbnrnye syarat taknak basuh pinggan. waiter , buat air, bungkus2 bleh lah. ehehehe.. jadi bermula lah kerja aku pada 31hb 4.

1st day penat tu ada lah. tapi ada lah sikit2 tak shok nye sebab semua pekerja kat situ warga asing kecuali aku. jadi boring sikit lah. 2nd day dah ok dah. walaupun mula2 ada sedikit kesukaran dalam komunikasi antara dierorg ni tapi ok lah masih boleh lagi cakap gune bahase isyarat skit2.

jadi penceritaan pasal kerje aku tak berapa best. sebab kerja waiter ni ape sangat, angkat barang, letak barang, hantar air buat air.. gitu jer. tapi yang pengalaman yang baru aku dapat adalah tentang masyarakat dalam kerja tu sendiri.

jadi sebelum cerita lebih lanjut. nak perkenalkan dulu watak2 utama dalam cerita aku ni.

watak hero ialah Aman , nama pendek man. umur dalam lingkungan 26-30, dah menetap lebih kurang 5 tahun di malaysia, datang ke malaysia melalui thailand dengan menaiki bas/motosikal/jalankaki selama 3 hari dan ongkosnye lebihkurang dalam RM3k. Berkahwin pada umur 15tahun, anak 4 orang, bini dan anak masih ada di myanmar (dierorg pronouce yen-mar) dan selama 5 tahun di malaysia, tak pernah skali pun lagi balik ke myanmar. sebab? die cakap slagi dia tak kaye, takkan balik myanmar, sebab skali balik takkan datang2 dah ke malaysia. dier call ke kampung sminggu ada dalam 5 kali. skali call RM20, man kerja kat kedai tu sebagai pembuat/penebar roti canai dan pembuat air

ke 2 ialah adik man, iaitu jamal. kerje shift malam, umur 21, datang ke malaysia pada umur 16 tahun, belum kawin lagi. cara datang sama macam man. tapi tak datang skali. dia datang bersama dengan geng2 dia yang lain. family dierorg bagi datang sini.

ke 3 ialah babu, kawan man ni. pembuat air/tukang goreng2(masakan panas) babu ni takde banyak sangat crite dier sebab aku benci tak suke dan dia ni sombong sket sebab mungkin gaji besar kot tukang masak ni.

ke 4 ialah nenek (bukan nama sebenar) seorang janda, anak 1(anak angkat), 2 kali berkahwin tapi kedua2 tak jadi. diberitakan anak betul dia dah meninggal lemas kolam renang, dah lame dah.

ke 5 ialah umi dah walid/ayah/ustaz. tokey kepada restoren tempat aku kerje. dierorg ni baik, dan anak2 dierorg pun baik n friendly

ok mari nak ceritakan kisahnye

aku pada mulanya diberikan shift pagi, iaitu kerja start dari pukul 7pg sampai 3ptg. tapi 2 minggu stengah kerja, umi mintak untuk aku stay shift malam jgk, pukul 4ptg – 12mlm. jadi aku cakap ok lah.. lagi banyak mende aku bleh tengok :)

pada shift pagi aku bekerje dengan man dan jugak babu pada bahagian depan. kat dapur ramai lagi.. man ni seorang yang baik lah, happy go lucky, tak ske marah2 sebaliknya dengan babu, cepat marah. custmer silap order pun marah. hari tu pernah dier marah2 gitu, dekat 3-4 hari aku tak bercakap ngan dia, mungkin dia tau aku tak ske ngan cara dia kot. skarnag dier lebih berhati dengan aku ehehehe..

man ada satu lagu yang slalu dia nyanyi waktu buat roti canai. lagu tu dengan aku sendiri pun terikut2, eheheh..  tapi ok lah.. aku ngan man kat kedai ske happy2 jer buat kerja, buat kerja sambil gurau2 sket2 tapi takde menjejaskan kerja. sebab? happy tu bleh mengurangkan penat. jadi tu lah cara yang paling baik lah nak biarkan masa berlalu dengan gitu jer.

then kalau shift malam. aku jadi pembantu masak2 ni.. jamal yang tukang masak. aku tukang sedia barang2 jer. eheheh., tapi at least.. 2-3 mende gak lah aku reti masak. time peak hour. jadi tukang masak jgk lah. bkn masak ape pun. masak nasik goreng pataya, mee goreng, maggi goreng, telur dadar, sayur2 sket. bleh lah.. ehehe..

ok part II aku akan crite pasal cinta si myanmar plak. dan juga crite nenek jiwa kacau.

No related posts.

  • wa…cepatla habiskan cite ni…macam menarik je.. :)

    verliebt

    4 June 2009

Leave a comment  

name*

email*

website

Submit comment