Hijab atau tudung adalah sesuatu yang wajib kepada setiap wanita Islam. Bagaimanapun, hijab juga wajib bagi setiap lelaki Islam tetapi hijab atau tudung yang dimaksudkan bukanlah seperti hijab atau tudung untuk wanita seperti lazimnya. Hijab yang dimaksudkan disini adalah hijab pandangan mata terhadap kaum bukan sejenis mereka, iatu menjaga pandangan mata mereka dari melihat yang bukan mahram. Hijab atau Tudung untuk wanita atau perempuan telah dijelaskan didalam ayat 31 Surah An-Nur, firmanNya yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”
Ayat ini dengan jelas sekali mewajibkan wanita-wanita Islam yang telah baligh untuk memakai tudung dan menjaga aurat mereka dari lelaki-lelaki ajnabi. Namun begitu, bagi mereka yang bukan islam, mungkin tidak mengerti tentang suruhan Allah ini. Disini saya terangkan tentang kewajipan/kelebihan bertudung dari segi sains dan logik akal;
Didalam tulisan “The Science Behind The Veil” oleh karima burns mengatakan. Memakai tudung ini memberikan kelebihan kesihatan kerana 40%-60% daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan dimusim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan fosforus otak akan mencair pada suhu 108° Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberi beberapa kesan negatif kepada otak. Kenyataaan V.G Rocine ini disokong oleh Canadian Neuro-Optic Research Institute Online didalam Artikel Highest Phosphorus Foods. Bertudung boleh melindungi kulit muka dan rambut daripada bahaya sinar matahari iaitu digunakan sebagai topi. Selain itu, jarang saya tengok perempuan bergesa-gesa walaupun kehujanan kerana lupa membawa payung disebabkan tudung boleh memhalang air hujan daripada kepalanya. Malahan bertudung juga dapat mengelakkan daripada kejadian samun, rompak dan juga ragut yang semakin berleluasa ketika ini, ini kerana apabila wanita bertudung dan menutup aurat, hiasan serta barang kemas mereka akan dilindungi dibawah hijab/tudung yang dipakai sekaligus mengelakkan daripada mata-mata liar yang memerhati dan mencari peluang untuk melakukan jenayah
Jadi disini dapat simpulkan terlalu banyak kelebihan kepada mereka yang bertudung di mana Ia tidak mungkin dapat dihuraikan semua dalam satu muka surat, dan satu kerugian besar bagi mereka yang tidak bertudung.
“Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mrip ekor sapi untk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak punuk onta. Mereka itu tidak masuk surga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau surga itu bisa tercium dari jarak sekian dan sekian.” (HR. Muslim)
Related posts: