kisah peminta sedekah
Assalamualaikum WBT,
cerita ni terdetik untuk aku ceritakan bila baca satu posting dalam blog ondscene (http://ondscene.via.my/2009/01/awas-dan-berhati-hati-jika-terserempak.html) sebab pendapat saya dan pendapat beliau (seorang wartawan) adalah lebihkurang sama.
sehari sebelum aku berenti kerja di restoren, waktu tungu-tungu customer, datang lah seorang hamba Allah ni datang mintak sedekah, then kawan aku yang duk depan aku ni tengah lepak, hulur lah sedikit sumbangan, sambil bdk tu round2 dalam restoren tu, aku tengok setiap meja yang budak tu singgah paling-paling tidak RM1 dierorg kasi, so satu kedai tu dia dapat paling kurang RM5 – RM10.
jadi aku pun bercerita dengan kawan aku kat depan ni kisah “sindikit” yang aku pernah jumpe satu ketika dahulu di terengganu, budak-budak ni datang satu van pada waktu bulan puasa, dierorg ni ditempatkan kat stesen minyak, tanpa pengawasan orang yang lebih tua (cikgu ke, ustazah ke) dierorg ni adalah dalam usia 10 – 12 thn, dan cara percakapan dierorg, dierorg ni adalah dari utara, jadi aku pernah tanye bdk ni.
aku : datang sini dengan ape?
bdk tu : dengan van
aku : sapa yang hantar?
bdk tu : cikgu yang hantar
aku : habis balik bila?
bdk tu : tak tau lah
aku : dah lama ka duduk sini?
bdk tu : diam….
aku : sini tidur kat mana?
bdk tu : diam…
lepas 2 soalan tu, aku pun blah gitu jer, then minggu selepas tu aku pergi berbuka kat luar (aku, nadia, husna), jumpe dengan sekumpulan budak-budak, datang untuk berbuka juga, aku tengok semua budak2, mak nye takde, ayah nye takde, jadi kiteorng ni pun tertanye, then cara dierorg cakap pun dialek utara jugak. bila kiteorg nak cakap ngan dierorg, dierorg akan jeling dan diam jer, jeling dengan melihat satu meja jauh dari dierorg, yang duduk kat meja tu dua orang muda. sebelum tu dah nampak dierorg turun dari van putih, tapi tak perasan siapa yang membawa, yang budak-budak kecik pun ada, umur lebihkurang 5-9 tahun kot, bdk2 kecik ni di jaga oleh akak2 yang umur 11-12 thn tu. aku dalam hati cakap sah sindiket. sejak dari tu, aku jadi tertanye….
ok habis crite ape yang aku ceritakan kat kawan aku tadi, kawan aku pun balas balik kat aku, “dia pernah dengar sorang ustaz bagi ceramah, ustaz tu cakap, apabila kita bagi sedekah, tu antara kita dengan dia, jadi tak kesah lah dia tu sindikit ke, dia tau tipu ke .. tu antara dia dan tuhan” aku pun waktu tu tak reti nak cerita ape-ape lagi.
tapi kat sini. ada betul apa yang kawan aku cakap tu, tapi sampai bila? dan Allah pun marah kalau kita menjadi penyebab penambahan pemintak sedekah, betul tak? tapi macam mana cara nak elak? aku pun tak tau.
cuma korang bayangkan lah. kalau seorang peminta sedekah tu satu kedai diaorang singah dapat RM10, kalau sehari dierorg boleh singah 10 kedai? dierorg dapat RM100 sehari. dan sebulan? RM3000. tu kalau 10 kedai sehari, tapi takkan sehari 10 kedai je kot. kalau 20 kedai? korang kire sendiri lah.. gaji dierorg brape?
tak salah untuk menderma, derma lah secara betul (sedekah kat masjid ke, sedekah kat rumah anak yatim ke). ikut saluran yang betul. wa salute satu jer kat rakyat malaysia ni, rakyat malaysia memang penyayang dan pemurah. sebab tu banyak pihak yang ambil peluang… tapi satu je ketakutan yang mungkin berlaku, satu hari nanti bila dah terlalu banyak mende gini berlaku. rakyat malaysia akan bertukar jadi kedekut. yang betul-betul memerlukan pun tak dibantu. itu yang menjadi satu kebimbangan
ni antara teknik-teknik yang korang bleh check kat blog ni
http://ondscene.via.my/2009/01/taktik-dan-teknik-mengesan-dan.html
dan untuk yang mereka yang mintak sedekah untuk makan ke tiket bas ke, kalau tiket bas tu korang mampu beli, korang pergi tlg beli untuk orang tu, jangan bagi duit, kalau mintak makan. ajak dia duduk kat kedai mamak atau belikan roti untuk dia makan. lebih baik sedekah cara tu.
Related posts:
Leave a comment