U
Assalamualaikum wbt
Baru je lepas pagi tadi. alhamdulilah.. rezeki skali lagi.. doa-doakan semester akan datang pun begitu lah kehendaknya. so ingat nak membebel pasal kesukaran diwaktu belajar. tapi sebelum tu nak mempersembahkan.. blog adik aku sorang lagi. yang telah dapat ku tangkap.. ade kat list sebelah tu k. dan awal-awal lagi memohon ampun sebab komen-komen yang best ku berikan
so berbalik kepada kesukaran waktu belajar. kalau lah aku ditanya.. susah tak nak belajar. aaaaamt sukar.. dugaan banyok gile. memang kalau takde iman yang kukuh.. dan takde dorongan daripada mak ayah, rasanya hanyut jugak rasenye.
di universiti ni amat berbeza dengan cara pembelajaran di sekolah kerana environment yang berbeza. di sekolah. kalau yang duk kat asrama. warden adalah ibu dan bapa bagi dierorg. dan kalau sekolah harian biasa. selepas habis waktu persekolahann, akan pulang kerumah, dan ibu dan bapa menanti di rumah. mungkin ada perbezaan sedikit jika ibu bapa bekerja. tapi pada waktu petang/malam dan hari minggu, tetap dapat berjumpa dengan ibu bapa. dan ibu bapa boleh memberikan perhatian penuh kepada kita.
di universiti. kita sendiri langsung atas “diri sendiri” rasa nak pergi kelas. pergi kelas. taknak pergi kelas takyah pergi.. nak buat assignment buat.. taknak buat tapi nak markah copy jer yang orang. takde orang larang. tapi keadaan tu sebenarnye membuatkan ramai pelajar-pelajar di peringkat universiti ni hanyut. tapi di akhirnya nanti akan timbul rasa kesal sebab tak buat sunguh-sunguh waktu dulu.
usia kita yang semakin hari semakin meningkat usia menyebabkan kita ni akan menyesal kalau menoleh kebelakang. pernah tak rasa bila sesuatu yang tak dirancang berlaku. dan diri sendiri akan merasa menyesal dan mengatakan “kalau aku buat gini mesti tak berlaku”. jadi untuk mengelakkan mende tu berlaku perancangan mestilah betul
so berbalik hidup di universiti. mana-mana universiti sebenarnye sama jer. aku pernah rasa hidup di dua universiti ehe.. UMT dan UDM. dua-dua sama jer. kita sendiri kene pandai bawa diri kita. kalau kita tak pandai bawa diri… hanyut sama lah.. cara pembelajaran aku masa di UDM dulu lebihkurang sama. study group. dan gi kelas. dan buat assignment. tu jer cara terbaik utk aku catch up.. main? hahaha.. aku lagi banyak bermain. tapi prinsip kene betul.. bila kita belajar. belajar betul2 bila bermain… main betul-betul.. jadi kekurangan-kekurangan atau mana lebih mana kurang tu takkan terjadi.
PENAT… memang satu ketika aku rasa penat. lambat nye habis belajar. tapi oleh sebab setiap semester aku tak pernah miss kerje part time. jadi alam pekerjaan ni sedikit sebanyak dah boleh rasa. bila di alam pekerjaan. akan terasa nak belajar balik. tak sabar nak buke sem balik. tapi bila belajar. rasa penat jer. sebab apa ? kita meletakkan satu tahap yang tinggi untuk kita capai dan bila tahap tu belum kesampaian, kita akan usaha dan terus usaha. tapi bila penat.. atas usaha yang kita buat. rasanya akan berbaloi.. 1, senyuman dari ibu bapa. kebanggaan dierorg tu adalah kepuasan yang tak boleh nak dinilai… perasaan tu hanya boleh di kecapi kalau apa yang kita cuba lakukan, berserta dengan usaha yang sunguh2.
Setiap sem ketakutan tak dapat menepati apa yang ibu bapa kehendaki tu lah paling aku rasa ngeri.. tapi alhamdulilah.. dierorg memahami..
p/s : teringat awal-awal sem dulu. seorang rakan bertanyakkan tentang satu tawaran melanjutkan pelajaran ke oversea, nak terime ke tidak. walhal sekarang beliau dah masuk kat UMT ni. apa aku jawab adalah kalau dah boleh belajar kat oversea bagus lah, tapi belajar mana-mana pun sama… tapi best tu belajar kat oversea. so aku asume she/he ni best student “dulu” sebab dapat tawaran bernilai tu. cuma beliau ni tak terima sebab katanya course yang ditawarkan dia tak minat. so dia lebih minat course yang di ambil di UMT ni. as time goes.. sekarang apa aku lihat rakan ni, telah hanyut dalam dunia sendiri. so paham kan maksud hanyut? hanyut lah.. aku doakan, rakan ni akan sedar sebelum terlewat
=====================================================================
Cerita diatas tidak berkait dengan mana-mana insan pun. “aku” tu adalah diri aku sendiri.. “beliau” tu adalah halimunan/bayangan yang aku sedang duk bayang ni..
Related posts:
Leave a comment
waaaa kacau adik ko lagi satu.. wakakkakkaka lepas adiranisnadira wakakakkka
TMUkmkd
19 October 2008