My First Blog Post
Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulilah, wujud juga blog ni akhirnya. ikut kepada hati memang saya inginkan hosting sendiri yang lebih mudah dah pantas untuk kita post ke dalam blog ni. tapi tu lah bila pikirkan masa dan poket. biar lah kita pakai yang free dulu. lagipun blogspot ni takde lah banyak sangat iklan-iklan nye.
sebenarnya tujuan buat blog ni pun suke-suke jer. idea tercetus sewaktu buka laman web pemancar lagi. cuma keadaan tak mengizinkan untuk buka satu web blog untuk diri sendiri almaklumlah terdapat kekangan masa. tu pun laman web pemancar pun kadang-kadang tak sempat untuk diuruskan.
cuma satu lah di sini nak berkongsi cerita dengan rakan-rakan pembaca. cerita ni adalah cerita macam mana saya boleh berkecimpung dalam dunia radio ni.
sebelum mengambil peperiksaan RAE, memang ikutkan hati banyak halangan untuk berkecimpung dalam radio amatur ni. Pada waktu tu saya masih belajar di Kusza (sekarang UDM). Saya pun pada waktu itu tak kenal sesiapa pun yang terlibat dalam radio amatur ni di sana. Malah buat searching ikut internet pun tak jumpa. cuma oleh sebab minat pada bidang telekomunikasi. saya cuba juga cari mana-mana rakan yang dapat membantu.
mula mendapat informasi awal daripada rancangan MHI. pada waktu tu saya baru berada di darjah 1. masa tengok tu pun dah minat. seingat-ingat saya pada waktu tu. MHI mengundang pihak mares untuk memberikan informasi awal tentang radio amatur ini. Dan yang di undang juga remaja yang berusia 14thn yang memiliki lesen pada waktu itu. semangat waktu tu dah berkobar2 ni. tapi tanamkan dulu dalam hati. sebab waktu tu tak tau mana saluran yang betul.
seterusnya skarang baru lah dapat melibatkan diri. selepas “contact” di cari. Alhamdulilah jumpe dengan cikgu saya yang memberikan pendedahan kepada saya tentang radio amatur ni iaitu abg Rahim (9M2ARR) beliau banyak membantu dari segi menghantar nota dan guide dalam saya melibatkan diri dalam radio amatur ni. Kami tidak berjumpe face-to-face. kami cuma berhubung melalui email dan sms sahaja. Tapi alhamdulilah, daripada galakan abg rahim, saya mendaftar untuk mengambil peperiksaan.
Apabila keputusan RAE keluar, betapa girangnya hati… kenapa tidak nya. skali amik dah lulus. dikatakan pada tahun tersebut. soalannya susah dari biasa. tapi seperti kata abg rahim, “luck” tu tetap ada. ada rakan yang mengambil sampai 3-4 kali pun baru lulus.
sebenarnya ada dua tiga rakan lagi radio ham yang memberikan semangat. sehingga ada yang mencabar dan tidak lupa juga yang merendah-rendahkan kemampuan kita. Ini kerana sewaktu ingin mengambil peperiksaan, saya ada bertanyakkan seorang rakan, “takpe ke kalau saya tak pergi ke kelas RAE?” rakan tersebut menjawab. “ikutkan kalau anda tak pergi peluang untuk lulus tu makin rendah. baik anda pergi. tapi saya cabar kamu untuk kamu lulus”. Bila saja rakan ni berkata demikian. saya terus ajukan kepada cikgu saya. betul ke camni? Alhamdulilah, cikgu saya menjawab. “adik saya tak pergi kelas pun boleh lulus!!”. Sebenarnya pada waktu tu. memang niat di hati nak ke kelas RAE tersebut. namun begitu, bila tengok bayaran yang perlu di bayar. RM100. saya memang tak mampu waktu tu. saya seorang pelajar. duit dalam poket ada rm60 so macam mana nak pergi? ahhh takpelah. aku berusaha sendiri kat rumah ni dengan bantuan email-email semangat daripada cikgu rahim. esok exam jawab exam then tunggu jer lah result keluar..
lepas result peperiksaan RAE keluar. apa yang aku tengok waktu tu “LULUS”. 1st sms and email yang saya berikan adalah kepada cikgu saya cikgu rahim. 2nd email kepada rakan yang mencabar saya tu.
dengan bantuan abg rahim juga. semua urusan melibatkan pendaftaran callsign/AA dapat di siapkan dengan smooth jer. banyak bantuan daripada abg rahim sebenarnya. sehingakan nak menentukan 1st rig yang saya nak gunakan pun abg rahim lah yang suggest.
so Alhamdulilah sekarang sayap dah dapat. terbang pun dah. tapi belum sempat untuk menerokai dunia yang luas ni sepenuhnya.
rakan yang mencabar tu pun sebenarnya ada hutang untuk belanja saya makan sebenarnya. tapi takpe. saya halalkan
tanpa cabaran anda. rasanya saya pun tak boleh terbang lagi….
sewaktu mendapat lesen ni. abg rahim dah pesan awal-awal kat saya. di dalam dunia radio amatur ni saya akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. kita cuma perlu berhati-hati dan ikut yang baik sahaja. yang tak elok tu tolak tepi. dan biar berkawan dengan semua orang… jangan pilih kawan.. apa yang kita tak tau.. kita sama-sama belajar. yang dah tau biar lah..
di akhir posting saya ni. saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada abg rahim 9M2ARR, abg rizal (9W2RZL), abg rizal saudi (lupe daa callsign) dan rakan-rakan yang lain yang banyak membantu!!… hanya tuhan sahaja dapat membalas jasa anda semua..
wassalam
Related posts:
Leave a comment