Mawaddah
anak kecil ini memerlukan doa yang berpanjangan daripada kita semua. terbaca blog akak kepada salah seorng guru aku iaitu puan amni, hati kecil ini menangis bila membaca apa yang berlaku terhadap anak kecil yang diberi nama mawadah. Sedap nama adik. tabah betul ibu dan ayah adik..
aku doakan adik mawadah akan sehat sentiasa. dan didalam lindungan Allah S.W.T
ikuti perkembangan adik mawadah
Teladan Padang Pasir I
Seperti dijanjikan, aku nak bercerita pulak pengalaman berada di antara salah satu negara yang terbesar di benua afrika iaitu di Sudan Afrika.
aku berkesempatan mengikut ayahnda yang dihantar kesana bekerja dengan salah sebuah syarikat GNPOC (great Nile Petroleum Oil Company). sebelum bertolak ke sana, memang ayahnda dah maklumkan keadaan negara di sana yang mundur, kami mungkin perlu tinggal didalam rumah yang diperbuat daripada tanah liat dan beratapkan lalang2
(macam dalam crite national geography tu). jadi kami tak kesah semua tu, janji dapat bersama dengan ayahnda tersayang yang terpaksa pulang 2-3 bulan sekali. baru dapat jumpe.
jadi pertama kali menaiki kapalterbang yang memakan masa lebih daripada 8 jam. memang sronok, muvie ada dalam tu, game ada. tapi gitu lah. macam duk atas katil tak bleh ke mane-mane. kadang tu boring jugak lah.. sakit punggung jalan2 sket dalam kapal terbang tu, gi toilet ke. gi intai2 kat dapur kapal terbang tu ke.. tapi time kami pergi, kami naik pesawat emirate yang mana ayahnda lebih berminat memilih pesawat daripada negara UAE atau negara islam yang lain. Ini kerana bagi tidak berlaku waswas sewaktu kedarah dalam pesawat tersebut.
jadi sampai di lapangan terbang khartoum. kami disambut dengan satu mesingan yang berada ditengah2 landasan bagi mengawal ketenteraman. oleh kerana sudan adalah salah satu negara yang masih bergolak. jadi mungkin kerajaan mereka mengambil langkah berjaga-jaga. memang keadaanya bagi kami yang jaran2 melihat mesingan ditengah2 lapangan terbang (kecuali mesingan yang dijadikan bahan sejarah) rasa teruja ada rasa sedikit gusar pun ada.
kami sampai di sudan pada waktu magrib. turun jer daripada kapal terbang, dah merasa haba padang pasir yang hangat2 tanpa humidity yang tinggi. atau panas tapi badan tak berpeluh. so kami disambut oleh pemandu berbangsa sudan yang membantu kami membawa beg-beg masuk ke dalam van.
keadaan lapangan terbang antarabangsa mereka ialah lebihkurang dengan lapangan terbang kuala terengganu (yang sebelum direnovate). sambil2 sampai ke rumah, kami mengambil gambar di dalam van, cuma didalam van sahaja tempat yang lebih selamat untuk mengambil gambar @ video, ini kerana, pihak berkuasa sudan melarang sesiapa untuk mengambil gambar di tempat public (cth : masjid, pasar, lapangan terbang dan sebagainya) pernah satu rombongan daripada TV3 datang untuk melakukan dokumentasi keluarga petronas disana di halang untuk melakukan pengambaran di salah satu pasar basah mereka, walaupun permit telah di minta melalui kedutaan malaysia.
bila melalui jalan-jalan yang berdebu, dan tengok keadaan rumah yang kebanyakkan rumah batu, aku dah rasa,. conform terkena ngan ayahnda, ayahnda sekadar ingin melihat reaksi kami sekeluarga apabila sampai. tidak teralu berharapkan keadaan yang baik seperti di malaysia. jadi apabila tiba, kami naik kerumah kami (rumah seperti apartment. dibawah ada pengawal keselamatan bersenjata) dan seterusnya berehat melepaskan penat.
…………………………………….
itu sewaktu kami mula tiba. aku disana bersekolah di Khartoum American School. yang mana salah sebuah sekolah

swasta menggunakan silibus amerika. sesampai disana. kami yang tidak berapa fasih berbicara mat saleh ni kadang2 melopong ajer lah. tapi lama kelamaan. Alhamdulilah keadaan tu berubah kerana nak tak nak kene bertutur jugak.
keadaan disana takda lah teruk mana. tapi oleh kerana kurang pembangunan yang mana kereta keldai masih digunakan sebagai pengangkutan utama untuk mengangkut barang. jalan tak bertar pun banyak. menyebabkan ia sedikit kelihatan mundur.
shoping complex disana hanyalah “suk-suk” atau pun pasar yang kami ada banyak disana.. ada suk bahri, dan macam-macam lah. kasi tau kat pemandu apa yang nak dicari, dan dia akan bawa kita ke tempat tersebut. suk-suk disana adalah lebih kurang menyerupai kedai pasar payang di malaysia. keadaan kalau orang tak biasa memang akan merasa sedikit kotor lah keadaan suk-suk dia. tapi bagi kami yang memang dah biasa dengan suasana kampung. takde masalah mende tu semua. kadang-kadang gi suk sana memang seronok, sebab kadang-kadang kita boleh jumpa mende-mende yang jarang kita boleh jumpa, barang-barang antik dan kadang-kadang dia cara dierorg bertukang pun unik. sebab kat sana dierorg bertukang dengan cara menggunakan apa yang ada disekeliling. ada stu barang aku pernah hantar kat bengkel dierorg iaitu stand camera. stand camera tu patah kat bahagian sokongan dia, so memang takbleh nak buiat ape dah. so jalan lain ialah buang jer. tapi nak buang sayang. so aku pun bawak gi bengkel dierorg. dierorg tak sampai 2 minit dengan kepakaran yang ada. dierrog boleh rebet balik aloy sokongan yang patah tu. dan terus boleh guna tanpa masalah.

kat sana tempat makan ala-ala restoran fast food ialah 2 tempat jer.
satu tempat ayam golek. satu agi, pizza HOT. ya pizza HOT, bukan pizza hut. pizza HOT dia ada 2 jer choice, iaitu pizza ayam atau daging. kadang tu mintak pizza ayam
di berinya pizza daging. dan satu makanan yang aku suka kat situ ialah sharwarma (sejenis kebab) sos dia mengancam tu. kalau ada peluang nak buat sendiri kat malaysia memang aku nak blajar sangat cara buat shawarma tu. Dan skarang rindu sangat nak makan sharwarma tu. dulu kat ampang point ada jual sharwarma tu, tapi skarang dah takde la jual. walaupun agak mahal tapi sangup aku beli. dan walaupun tak sama macam sharwarma kat Sudan (sini guna mayonis) tapi boleh laaa… hahaha
satu lagi ialah kedai ayam golek. kedai ayam golek kat sebelah pizza hot tu sedap jgk, ayam golek yang diperah air asam. tapi kiterog tak pernah makan kat kedai sana, kita orang bawak balik rumah makan kat rumah. sebab kat kedai makan, untuk air minum kebanyakkan hanya jual chai (teh pekat sudan) dan juga air botol mirinda, strawbery dan sebagainya tu. tapi kat sana dia tak sediakan gelas. jadi kita minum guna botol tu terus (jenis botol kaca). kadang-kadang straw pun tak disediakan. just sapu mulut botol tu dan “togok” jer lah.. hahaha..
so berbalik kepada tajuk asal. di luar restoran-restoran aku ceritakan tadi. kebiasaanya akan menunggu dua-tiga orang kanak-kanak yang berpakaian lusuh dan biasanya akan dibawa sorang bayi bersama (adik dia). aku pernah tanya kepada kawan aku namanya abdel, anak kepada tokey kilang biskut di Sudan. dia kata, budak-budak ni adalah mangsa kepada peperangan, dierorg datang sini daripada tempat bertelagah dan takda cara lain merempat dan mintak sedekah.
pernah satu ketika, sewaktu aku menanti kawan di dalam van, aku lihat budak2 ni yang duk menanti kalau-kalau ada orang yang bermurah hati sedekah makanan kat dierorg . ya makanan.. kenapa aku kata begitu? sebab apa yang aku lihat sewaktu tunggu kawan aku dalam van balik dari sekolah tu meruntun hati ni. bila mana ada salah seorang pelanggan yang makan kat luar, then roti yang dimakan tak habis, so dia buang roti tu dalam tong sampah di luar restoren. budak ni tadi, nampak brother tu buang dalam tong tu.. berlari-lari berebut nak ambik cebisan roti tu. Ya Allah, masa tu rasa macam nak tercabut hati.
Aku juga pernah, singgah kat kedai beli air botol mirinda tu nak hilangkan kering tekak, so botol tu adalah cawan kat sana so lepas minum kat luar restoren dah sediakan kotak utk letakkan botol tu balik lepas dah minum. so ada bahagian tak habis, kawan sudan aku ni pun paksa aku minum habis, aku kata takbleh nak habis dah, so aku keluar jer terus restoren dan konon-konon nak baik hati bagi kat budak-budak ni… dengan air yang tinggal beberapa inci jer dalam botol tu, dierorg berlima sewaktu tu berebut dan bergaduh sesama sendiri untuk bahagikan air tu. jantung rasa macam runtuh, aku bersalah menyebabkan mereka bergaduh, kalau aku dengar apa kawan aku cakap tadi, mesti tak jadi masalah macam tu. keadaan masa tu macam pertandingan berebut coklat… berebut satu mende yang memang payah untuk mereka merasai. sebab tu lah kawan aku tu marah kalau aku belikan sesuatu yang tak cukup untuk dibahagiakan beramai-ramai (contoh budak tu berkumpulan 5 orang, apa yang aku nak bagi tu kurang daripada tu) so lebih baik kita simpan jer niat tu supaya tak berdosa pulak kita menyebabkan mereka bergaduh, mereka dah takde mak ayah, keadaan susah, so antara mereka tu lah adik bradik mereka. jadi satu kesilapan buat dierorg gaduh kan…
so lepas daripada tu aku lebih berhati-hati, kalau nampak budak2 tu sorang baru lah bagi, kalau tak… takyah bagi.. takyah bagi lagi baik..
so kawan Sudan aku ni pun bukak crita, memang keadaan sini macam tu, dia sendiri lebih suka berikan barang daripada duit. kalau duit takut budak-budak ni buat beli rokok ke beli mende-mende tak patut. so dia lebih suka beli barang dan bagi, oleh sebab kawan aku ni anak tokey kilang biskut, so dalam bonet kereta dia penuh biskut, dan biskut tu lah dia akan bagi kat budak-budak ni tadi.
so next aku cerita kisah yang diceritakan oleh salah seorang general worker kat tempat komplex perumahan kiteorg.
Tag Dari Rina
1.- Adakah anda rasa HOT???
ya, musim cuaca yang tidak menentu sekarang.. tapi kalau duk kat library hilang rasa panas tu… sebab aircond dia nyaman…
2 – Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang
Takdok Wall Paper
3 – cerita pasal gambar?
gambor mende?
4 – bila kali terakhir anda makan pizza?
makan dengan pok adik
5 – lagu terakhir anda dengar?
bad romance – lady gaga (hot fm dalam kete)
6- selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
yih, cik ko, apis, pis, hafiz, hotel, hotel romeo zulu, romeo
7 – tag lagi 8 org
1.senna
2.tmukmkd
3.tukang karut
4.kamen rider
5.cikgu
6.bel
7.erdingan
8.action kamen
9 – siapakah org no.1 kepada anda?
kekasih hati saya
cikgu yang suka main gmail
11 – no.3 ada hubungan dengan siapa?
fautik
12 – bagaimana pula dengan no.4
adik beradik dengan action kamen.
13 – pesanan kepada orang no.6
gosip.. gosip jugak… exam jangan lupe!!.. hahahah
14 – kata2 cinta untuk orang no.2
weh.. aku bukan gay lah dude
15 – adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
ya… genius
16 – berikan 5 perkara yg anda tau tentang org yg mengtag anda
- nama dia se lagi rina,
binatang
18 – perasaan anda wat tag ni?
biasa jer, nak exam ni tapi malas.. sebab tu dan lagi berblog
19 – adakah anda tau si razman itu sengal?
ni soalan paling bengong… razman mane? razman anak pak man kencong bawak stimroll tu ke?
20 – a)GAY or b)LESS
aku straight. kalau dok.. dokkan lah ada kekasih hati no 1 tu