Persaingan yang sihat

Filed in Meroyan 0 comments

Assalamualaikum W.B.T

Dalam kehidupan, bersaing diantara satu sama lain tidak akan lari diantara manusia sesama manusia, malahan persaingan diantaran manusia dengan haiwan dan juga mahkluk Allah yang lain. Pelbagai takrifan boleh dilakukan dengan melihat kepada maksud bersaing ini. Seperti bersaing dalam bahasa atau loghat terengganu adalah bermaksud berkawan atau bersama-sama cth ayat : “jom makan saing..”,”Mu saing dok dengan dier?”

Walau bagaimanapun bersaing ini perlu di takrifkan dengan betul. sesetengah daripada kita mengtakrifkan bersaing ini adalah satu bentuk tindakan untuk menyaingi seseorang supaya samada menjadi lebih baik daripada mereka yang kita cuba bersaing itu.

namun begitu, beberapa adab dalam bersaing ini perlu dititik beratkan. Ini kerana, kita digalakkan bersaing ini antara tujuan lain menaikkan taraf diri, memberikan semangat dan juga menjadikan sesuatu perlakukan / pekerjaan itu menjadi lebih seronok.

antara adab dalam bersaing ialah :-

1. Bersaing secara ikhlas – ikhlas ini bermaksud tujuan bersaing itu bukan untuk menambahkan riak dan takabur.

2. Bersaing secara adil – Kalau nak bersaing biar lah adil, dimana pesaing kita itu juga mempunyai sumber yang sama dengan kita agar persaingan itu berlaku dalam keadaan adil.

3. Jangan menikam pesaing dari belakang – Ni sama macam point no 2 kat atas.. nak bersaing jangan menikam pesaing kita dari belakang. kalau kita sudah tau tak mampu untuk bersaing. reda dengan apa yang ada. dan lihat kembali siapa kita sebelum kita mula bersaing dengan rakan kita. Adakah kita masih di tampok lama? atau terdapat peningkatan dalam diri kita.

4. Bersaing dalam persekitaran yang baik – walaupun sedang bersaing, jangan lah sehingga tidak bertegur sapa. jadikan sumber yang ada sebagai satu kelebihan kepada kita. Mungkin berkongsi dengan pesaing adalah satu cara yang baik. pahala dapat. kawan pun dapat

5. Buang perasaan Iri Hati / Dengki – Jika pesaing kita mempunyai kelebihan. samada kerja dah siap dulu ke. atau kulit asignment lebih cantik ke. jangan Iri hati. Iri hati yang baik adalah dengan berusaha untuk membuat lebih baik daripada sipolan ini. bukan dengan sabotaj ke. kecek lecturer ke suruh lecturer tu jangan terima pandangan simpolan tu ke. dengki untuk kebaikan adalah bagus, tapi berapa kerat dengki untuk kebaikan? maksud kebaikan disini ialah dengki untuk memastikan kita terus berusaha, bukan fikiran dengki yang ingin menjatuhkan pihak pesaing

so stakat tu jer lah.. kalau tau lagi point2 lain mungkin boleh lah tambah lagi di lain-lain masa akan datang.

tq

Related posts:

  1. DS yang hampeh
  2. Kenapa saya (Blogging)?
  3. Tribute to Them II
  4. 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis
  5. My Last Class
Posted by h@fr|z   @   14 September 2009 0 comments
Tags : ,

Share This Post

RSS Digg Twitter StumbleUpon Delicious Technorati

0 Comments

No comments yet. Be the first to leave a comment !
Leave a Comment

Previous Post
«
Next Post
»
G-scale designed by Make Your Own Website In conjunction with Web Hosting   |   Watch Movies Online   |   Computer Repair