“tingggggg….”, ditambah dengan kerlipan lampu menandakan tanda turun memecah suasana magrib disamping suara azan berkumandang menandakan tibanya waktu magrib. melihat kedalam kotak yang sentiasa membawa aku naik dan turun tersebut, langsung tiada perkara lain yang bermain di fikiran, Alhamdulilah lif ini masih berfungsi, takperlu turun naik dengan menggunakan tangga. Di dalamnya, aku menekan aras “G” untuk turun ke tingkat paling bawah supaya perjalanan ku ke surau yang terletak di sebalik celahan hutan batu ini berjalan dengan lancar.
“tinggggg,,,,”, sekali lagi lif ini berbunyi, dibenak kepala ku, mungkin sudah sampai ni, ku langkahi untuk keluar dari lif tersebut. “tap… tap… tap….tap”, bunyian tersebut menghentikan pergerakanku. aduhai, belum sampai lagi rupanya. ku jenguk ke atas dan melihat, baru di tingkat tiga rupanya.
“tap.. tap… tap.. tap…”, bunyi tersebut masih kedengaran. kelihatan seorang pakcik berkopiah, cuba mencari arah pintu yang sepatutnya dia masuk untuk bermasa-sama turun ke bawah. setapak ku ke belakang, memberi laluan kepada lelaki tua ini agar ruang disediakan untuk nya lebih luas. “tinggggg..”, ya kali ini aku pasti, tempat ku tuju telah sampai. namun begitu, kali ini tak ku gagahi langkah seperti tadi, pantas keluar, tapi membiarkan lelaki tua itu menapak dahulu keluar. “tap.. tap.. tap.. tap…”, berpanjangan bunyi tongkat lelaki tua tersebut. tiada apa yang bermain di fikiranku, sebelumnya aku mengejar agar tidak terlewat solat magrib, agar dapat mengangkat takbir betul-betul selepas imam mengangkat takbir. akan tetapi ku perlahankan perjalanan. Melihat kepada pakaian lelaki tua tersebut. aku pasti arah tujuan nya sama denganku. menghala ke arah yang sama.
melihat lelaki tua ini mencari arah dengan tongkatnya, dan seperti hilang arah, aku terus mencapai lengan kecut lelaki tua ini. “pakcik nak ke surau ke?”, tanya ku. “ya ya, saya nak ke surau”, jawab lelaki tua ini. terus ku gengam lembut lengan lelaki tua ini. tanpa sebarang kemushkilan, lelaki tua ini membiarkan, seperti dapat membaca tujuanku mengengam lembut lengannya. aku mencatur langkah, tidak laju malahan tidak perlahan supaya si lelaki tua ini selesa.
“pak cik belum ambil wuduk lagi ni nak”, lembut suaranya dibisikkan ke telinga ku sambil ku pimpinnya ke arah surau dicelahan hutan batu yang terdekat dengan rumahku. “baik pakcik, jaga pakcik ada tangga didepan”, jawabku sambil aku memberi amaran agar melangkah dengan perlahan-lahan.
“nak, bawa pakcik ke tempat wuduk yang teduhya, rasa macam hari nak hujan ni”, pesan si lelaki tua tersebut. ya memang aku lihat keadaan sedikit gelap dan angin sesekali bertiup sepoi-sepoi bahasa seperti hari ingin hujan. sambil menanti lelaki tua ini selesai berwuduk, aku termenung seketika, betapa aku bertuah, Allah berikan aku semua pancaindera aku bergerak tanpa sebarang masalah. namun, adakah aku gunakan ia dengan sebaik-baiknya?. Dipatahkan dan di selitkan tongkatnya di selipar yang dipakainya sebelum melangkah ke surau.
liang liuk bunyi pili air ditutup sambil kedengan tok imam mengangkat takbir menyedarkan aku dalam lamunan. terkial-kial lelaki tua itu cuba untuk turun daripada tempat berwuduk. cepat-cepat aku capai lengannya dan terus membawanya ke tempat solat. mungkin lelaki tua ini mengandaikan aku telah meninggalkannya selepas menghantarnya ke tempat berwuduk.
“Assalamualaikum Warahmatullah”, salam kedua aku berikan. disusuli hujan turun menindih atap-atap surau yang diperbuat daripada zink aluminium tersebut menyebabkan imam terpaksa membesarkan sedikit suara agar semua jemaah mendengar zikir yang sedang di ucapkan. sambil aku berzikir, aku kenang kembali apa yang bermain di fikiran ku tadi. Ya Allah, betapa aku bersyukur aku boleh melihat dalam keadaan terang tanpa perlu bantuan tongkat. aku memikirkan bagaimana lelaki tua ini dapat melihat dengan tongkatnya tanpa sebarang cahaya. cuba kita sendirian di dalam bilik yang gelak. aduh, memang sukar. tetapi lelaki tua ini pertama kali aku lihat dikawasan perumahanku dan aku sedar, dia baru sahaja di sini. akan tetapi tetap beranikan diri yang mana aku percaya walaupun dimatanya gelap, tetapi di hatinya, Allah memberikan cahaya terang menderang. yang mungkin kita sebagai manusia yang sempurna, sukar menikmatinya. Sambil imam berdoa, aku susuli doa di hatiku ini dan bersyukur di atas nikmat Allah yang selama ini aku kecapi. “Amin ya rabbil alamin.”, imam menamatkan doa.
selepas solat sunat selesai, aku lihat lelaki tua ini cuba bangun, dan dapat aku rasanya, dia ingin pulang kembali ke rumah. tanpa soal bicara, terus ku sambar lengan empuknya dan berbisik, “pak cik nak balik ke?”. “ya nak, hantar sampai ke tangga tadi pun sudah tidak mengapa”, jawab lelaki tua itu. aku pimpin sambil mengelak dari melalui jemaah yang masih bersolat sunat. tanpa aku sedari, sambil mengelak tersebut, pakcik ini tetap melangkah walaupun aku berhenti seketika untuk mencari hala laluan yang sepatutnya, lantas terlangar lelaki tua ini tiang yang menyokong atap zink aluminium itu. “inalilah…”, berkata lelaki tua ini. “ya Allah”, sebut dihati kecil ku. langsung aku berbisik di telinga lelaki tua ini. “orang sedang solat sunat, kita kena lalu di kawasan lain”, si lelaki tua ini menganguk perlahan tanda faham.
“pakcik saya bawa pakcik sampai ke lif sahaja ya”, pesanku perlahan-lahan. sampai di lif, aku menekan butang 3 dan sebelum keluar, aku berpesan sekali lagi, “saya tinggal pakcik di sini ya”. “ya, terima kasih ya nak”, jawab lelaki tua tersebut. tanpa sempat aku bertanyakkan nama, pintu lif tertutup..
sewaktu meninggalkan lelaki tua ini, sempat aku bersembang pendek dengannya, ada aku tanyakan adakah dia baru berpindah ke sini kah? lelaki tua ini mengelengkan kepada dan menyatakan bahawa dia datang ke sini melawat ibu mertuanya yang tinggal di sini, dia seorang pendidik di negeri cik siti wan kembang dan tiba di sini bagi meluangkan sisa-sisa cuti sekolah yang ada. Ya dia seorang buta dan juga seorang pendidik, berjaya dan aku pasti, dia seorang yang tabah, dibumi yang baru dikenalinya, dengan bersandarkan bunyi azan, dia boleh mencari surau ini di selitan hutan batu yang bagi kita mungkin sukar kerana berada di bumi yang jarang-jarang sekali kita jejaki.
Ya Allah, betapa bersyukurnya aku diberikan nikmat hidup dengan segalanya baik untuk aku, aku diberikan perlindungan, aku di berikan rezeki yang mencukupi bagi aku meneruskan perjalanan hidup yang entah sampai bila. si buta bertongkat ini tanpa sedar telah memberikan aku pengajaran….
No related posts.