Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/e1rsbco/public_html/hafriz/wp-content/plugins/facebook-import-comments/classes/FacebookCommentImporter.php on line 185
Your browser (Internet Explorer 6) is out of date. It has known security flaws and may not display all features of this and other websites. Learn how to update your browser.
X
Post

Suatu kisah

Assalamualaikum wbt

Lama tak menulis disini. Mangsa time exam @ sibuk baru terasa nak menulis, tu satu keadaan yang pelik aku rasa lah. Tapi tak tau lah korang camne kan. Banyak perkara yang aku nak ceritakan, tapi bila buka jer nak start menulis, terus jadi blank. Hahahaha

Baiklah, 1st of all aku dah berpindah ke rumah sewa baru di cabang 3 iaitu berdekatan dengan pasar cabang 3, Alhamdulilah dengan bantuan pok khaled, aku dapat rumah homestay ni dengan harga berpatutan untuk pelajar macam aku ni. So skarang takde lah berulang alik jauh nak ke tempat praktikal. Kalau tak bapak jauh, ye lah rumah kat pak tuyu tu 30minit dari Bandar kalau naik motosikal. Untuk sampai ke pejabat SUK dan pulang sahaja dah mengambil masa sejam. Penat bawak motor dari wat keje. So sempat jgk lah aku berulang alik seminggu then pastu terus pindah. Alhamdulilah, tuan rumah baru ni pun baik. Dari 19 – 1hb dia takde nak ambik lebih pun. Siap cakap takyah bayar lagi. So kire aku start 1bln disini lah.

Makanan pagi / tghhari tak sukar nak cari kt sini, makanan pagi amat murah. Tapi makanan tengahari agak cekik darah. Tapi gitu lah dah adat duk di Bandar. Mahal skit lah. So pagi biasanya aku akan beli makanan utk bwk bekal gi opis, utk makan kol 10, then tengahhari aku makan kat café SUK. Pagi makanan aku beli kat pasar cabang 3. Sempat berkenalan dengan nenek jual nasi dagang kat atas pasar tu. Nenek tu jual nasi dagang bungkus daun pisang. Setiap kali aku datang membeli conform nenek tu akan tarik kertas bungkus lain utk bungkus nasi aku lebih dan kuah lebih. Aku tak mintak pun, Cuma nenek ni baik hati dan dia tau aku pelajar. Sebab masa 1st datang membeli kat dia , dia dah interview aku macam2 asal mana, keje mana, duduk mane, siap dia banyak mulut crite hal cucu2 dia plak. Pernah satu ketika ada sorang makcik lain yang datang membeli terpaksa stop dia berpotpet sembang dengan aku. Mak cik tu cakap “dah2 lah budak tu lewat dah tu nak gi skolah” hahaha..aku pun senyum je lah… :P ape2 pun terima kasih ye nek.

Keadaan persekitaran tempat praktikal pun Alhamdulilah, semua baik, bos baik, akak-akak situ pun baik. Banyak mende yang dapat berkongsi dengan akak-akak kat situ. Tapi untuk dapat tempat di SUK ni rasanya “gelap gambor” kot. Tapi takpe lah, kalau ada rezeki ada, kalau takde nak buat macam mana. Cuma harapannya ialah biar tetap bekerja di kuala Terengganu. Sebab itu lah apa yang dirancang dan sebab itu jugak kenapa aku mencari tempat praktikal di kuala Terengganu

Berkisah pula dengan projek system dengan UDM. Satu ilmu baru aku pelajari dengan en suhailan ialah socket programming menggunakan java. Kalau nak explore sendiri mungkin tak kot selagi kita tak gune mende tu. Dan pertama kali bekerja dengan applet aku dah semakin meminatinya. Ditambah dengan socket programming menggunakan applet tersebut banyak mende bleh explore. insyAllah kalau berkelapangan akan aku terus explore dan aku dalam perancangan untuk membuat ym aku sendiri.

Aku seperti biasa akan post tutorial berkaitan java kalau berkesempatan masa.

Related posts:

  1. kisah peminta sedekah
  2. dungun vs terengganu (read: food price)
  • hoh sudah mula guna soket :D

    TMUkmkd

    8 May 2010

Leave a comment  

name*

email*

website

Submit comment