Your browser (Internet Explorer 6) is out of date. It has known security flaws and may not display all features of this and other websites. Learn how to update your browser.
X

Posts tagged ‘kenapa menulis blog’

Post

Kenapa saya (Blogging)?

hari ni ntah kenapa dapat idea untuk start post dengan tajuk kenapa saya. ye lah, dalam seharian selalu bila kita nak lakukan sesuatu, kita akan bertanyakan diri kita dahulu, apa tujuan kita lakukan perkara tersebut. so kali ni aku nak ceritakan kenapa dan mengapa sebenarnya aku mula start blogging atau menulis blog.

1. mula-mula dulu aku start blogging sekadar untuk mencari satu ilmu baru, iaitu ilmu blogging, dan tujuan asalnya juga adalah sebab aku nak masukkan profil aku ke dalam internet sebab dulu aku banyak buat freelance, oleh sebab itu, alang-alang buat simple profile site, aku buat blogging skali.

2. Bila dah start blogging, ilmu yang aku cuba cari adalah teknik menceritakan dan bercerita yang baik kepada orang lain. ye lah, bila kita blogging ni kita belajar satu cara macam mana nak memahamkan apa yang kita nak ceritakan. tambahan lagi, aku bab mengarang ni sangat teruk (sekarang makin lagi teruk). jadi konon-konon boleh lah asah-asah daripada blogging ni.

3. Bila boring jer aku blogging, ya untuk isi masa lapang. kadang-kadang tu bila aku boring, aku tak tau nak buat ape aku mula start blogging, kalau ikutkan dalam draft blog aku ni bertambun mende yang aku duk crite tapi tak di post.. ahahah.. sebab ape? sebab kadang-kadang kita blog ni untuk suka-suka. tapi dalam masa suka-suka tu kita tak mahu perkara yang kita suka-suka tu jadi satu kesedihan dan kesusahan untuk kita. so setiap kali aku nak start bercerita kat korang, aku akan memikirkan “consequent” tindakan aku. jadi samada butang publish tu rela ditekan atau butang “save Draft” sahaja sanggup ditekan :P . so jangan plak pasni setiap kali ada new post korang ingat aku tengah boring.. hahaha.. tapi kalau post yang merapu tu ade lah..

4. Perkongsian sesuatu yang ilmiah, bila aku blogging, aku sambil2 tu berkongsi apa yang patut dikongsikan dalam blog aku ni. antaranya aku akan kongsi coding-coding dan teknik-teknik dalam programming. tujuan asal sebenarnya untuk aku mudah melakukan rujukan jika aku perlukan maklumat yang sama di suatu hari nanti. ye lah, apabila kita di bidang IT sudah semestinya kita akan berjumpa dengan perkara yang sama setiap masa. jadi cara ni dapat membantu lah (kalau sesapa rasa membantu) dalam mereka menyiapkan assignment dan juga takperlu aku ajar orang dua kali. kadang2 bila orang datang, 10 kali datang pun orang selepas tu akan bertanya mende yang sama. jadi lebih baik jika aku suruh dierorg buka blog then cari maklumat yang dierorg nak tau kat situ.

5. Belajar skill design mengdesign.. dan juga beberapa apps yang bleh digodek-godek. ya, sebab tu aku pilih wordpress, sebab wordpress ni dia ada macam-macam yang boleh digodek, di pelajari. tapi cuma 1 mende, bile dah tau kita akan jadi boring kalau gune mende yang sama setiap masa.. eekekeke..