Posts tagged ‘kuala terengganu’
dungun vs terengganu (read: food price)
Assalamualaikum wbt,
malam ni berada di dungun untuk sekian kalinya. just utk berjumpa dengan ibunda dan ayahnda tercinta yang akan sampai esok hari.
satu perkara yang mengejutkan aku, dari dulu sampai sekarang, oleh kerana aku dibesarkan di dungun, dilahirkan di dungun. aku rasa aku paling merasai perubahan yang berlaku di dungun sekarang. banyak sangat perbezaan.
tadi bila sampai dari KT, aku kelaparan, so pusing2 kat area pasar buah (dungun) terjumpa satu kedai burger. so order satu burger special. so masa dia nak “buat” burger aku tu.. aku pun tengok rupanya.diletakkan satu2 apa yang bahan2 utk burger aku tu. then sewaktu membayar. aku terkejut beruk. RM3.20 untuk burger special. yang mana isinya . burger ayam yang dibalut telur, roti, sos tomato, sos cili, timun, lobak dan bawang dan dibungkus dengan tisu + plastik. RM3.20!!!!!! gile kentang.. kat terengganu RM2.50 burger ayam special isinya : burger disalut telur, roti, sos tomato, so cili, timun, lobak, salad, sos lada hitam, bawang, kacang pangang, jagung, sengkuang dan dibungkus dengan polistrin free tisu.
macam mana di terengganu. bahan-bahannya lebih banyak dan harga lebih murah? bukan setakat 10sen atau 20 sen tapi? 70sen!!!! dah lah tu bahan lagi sikit.
macam mana boleh jadi macam tu? adakah orang2 di dungun ni dah jadi kaya raya? atau taraf hidup di dungun lebih tinggi dari di terengganu?
tapi kebanyakkan barangan di dungun memang lebih mahal dari terengganu, lebih-lebih lagi makanan. sangat mahal. dan sangat berbeza harga daripada harga makanan di kuala terengganu. pelik harga runcit barangan sama je dengan terengganu. tapi bila proses jadi makanan harga jadi sangat berbeza.
untuk peniaga-peniaga di dungun. harap kalau pakcik, makcik baca apa yang saya tulis ni. tolong berubah. kesian lah kat orang2 di dungun ni. dan biar berhati perut sikit. jangan sekadar mengejar kekayaan, nanti orang serik nak lalu ikut dungun kalau nak holiday di terengganu. saya sendiri pun sekarang kalau balik ke KL, baik lalu jalan ikut jarangau jabur. lalu ikut dungun semua mahal… cekik darah….
sekian.
sambutan merdeka
Assalamualaikum
HAMBAR, tu lah satu perkataan yang boleh diberikan pada sambutan hari merdeka di terengganu. mungkin sebab tok ngulu baru ni orang kemaman. jadi kemaman menjadi medan sambutan besar-besaran bagi hari merdeka tahun ini.
pelik tapi benar, BANDARAYA kuala terengganu, sunyi!!! hanya riuh2 mat-mat motor dengan “mat gateh”. tiada countdown pon!!. bunge api plak bunge api yang macam beli kat siam jer. yang dapat dikira ada 3 biji wakakaka… ingatkan orang kampung mane main bunge api.
tapi semangat rakyat kuala terengganu menaikkan lah juga semangat merdeka malam ni. kelakar pun ade. logik akal nye. kenapa dibuat di kemaman?
cerita pasal hari kemerdekaan yang pernah aku tempuhi waktu duduk di kemaman. kebanyakkan orang kemaman akan menyeberang seberang (kuantan) untuk melihat perarakan kemerdekaan. tapi untuk tahun ni daerah yang bersempadan dengan pahang itu menjadi tuan rumah. Dan bandaraya Terengganu dibiarkan sunyi.
Kenapa tidak terus dijadikan tradisi? Kuala Terengganu sebagai ibu negeri Terengganu dijadikan tempat berkumpul seluruh rakyat Terengganu. sekurang-kurang rakyat di daerah kemaman yang ingin menyambut kemerdekaan dapat merasakan kemeriahan dengan pergi ke kuantan (lebih dekat jika perjalanan dari kemaman – kuala terengganu) tapi rakyat kuala terengganu plak, takde choice terdekat.
entah lah. mungkin ade hikmah disebaliknye. so ni jelah cerite bertajuk.
malam merdeka yang hambar