Your browser (Internet Explorer 6) is out of date. It has known security flaws and may not display all features of this and other websites. Learn how to update your browser.
X

Posts tagged ‘tribute to them’

Post

Tribute to Them II

sambungan daripada crita Tribute to them I…

oleh kerana aku ni ngok dan tak pandai, bukan aku tak usaha, bagai nak rak spm, dapat result betapa rasa kecewa nya sapa yang tau. balik rumah, duk dalam bilik menangis sampai tertidur. tapi apa nak buat, itu je rezeki aku, kecewa lagi. jadi takde lagi kan tak keciwa stakat ni?..

dengan keadaan aku yang hanya dapat 2A, nak mintak matrik? hahahaha.. ya jangan pandang leceh lah.. aku mintak jugak…. seme tempat aku mintak… last2 ade rezeki aku ke KUSZA (sekarang dengan nama UDM). Oleh sebab selama aku SPM aku tak berenti-renti study, jadi keadaan tu terbawa-bawa ke udm, duduk saja rasa kekok. so aku study.. dan study… Alhamdulilah… keadaan tersebut berkekalan sampai sekarang.

merasai bagaimana dapat mengembirakan kedua ibu bapa sewaktu kita menyerahkan keputusan peperiksaan kita. dari riak wajah mereka kita dapat merasai satu kepuasan dan bangganya kita menjadi anak mereka. perasaan seronok kita pun lebih dari yang lain, buat waktu itu, hanya kegembiraan dengan kejayaan kita jer lah boleh kita balas atas apa usaha dan penat lelah dierorg masih membesarkan kita. Mereka juga lah bagi support masa kita down / bermasaalah, mereka tak pernah marah bila keputusan kita jatuh, namun berikan lah mereka satu kebanggaan saat bila kita menunjukkan keputusan kita. itu adalah tugas kita sebenarnya. kepada mereka yang belum lagi tercapai hasrat dan dapat melakukan tugas tersebut, teruskan usaha. kekecewaan sekarang bukan bermaksud noktah dalam hidup, jangan jadikan kekecewaan itu satu beban yang menyebabkan seluruh cita-cita kita terkubur begitu saja.

cuma kat sini, aku nak nasihatkan kawan-kawan yang mungkin datang menyingah membaca, yang mana takda rezeki utk dapat satu ‘kebahagian’ yang orang lain dapat. kita tetap usaha dan terus usaha. tak dapat usaha lagi.. tak dapat usaha lagi.. dan jangan lupa disusuli dengan memohon kepada yang esa. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. insyAllah apa yang berlaku tu dah ketentuannya, cuma apa yang kita perlu buat, berusaha.

ada yang pernah kata… “aku dah usaha, tapi tetap sama juga”.. masa ni kita kene muhasabah diri kita, usaha kita tu setimpal tak dengan apa yang kita impi kan? kita nak memiliki sesuatu itu perlu kan pada usaha. usaha biar setimpal. kalau kita telah usaha, tetapi impian kita itu belum tercapai. itu bermakna usaha kita masih tidak cukup. tambahkan lagi tambahkan lagi.. dan macam mana kita nak tau usaha kita dah cukup? bila kita dah mencapai apa yang kita inginkan.

kadang-kadang, kita tak boleh mengukur diri kita dengan melihat pada orang lain, kita boleh lihat, orang itu dengan usaha sama seperti kita tetapi dapat mencapai apa yang dia inginkan. tetapi kita dengan usaha yang sama tetapi tidak dapat mencapai apa yang kita inginkan, pelik kan? ya memang pelik. sebab kita adalah diri kita, dia adalah diri dia. setiap manusia dikurniakan dengan kelebihan masing-masing. mungkin kebijaksanaan kita tak sama dengan dia, jadi usaha kita perlu lebih daripada dia.

cuma satu jer, kita takkan tahu apa akan berlaku pada hari esok pada kita, mati ke? sakit ke? berjaya ke? cuma satu jer, doa dan usaha adalah yang penting. satu pesanan but not least.. kadang-kadang kita tak menghargai apa yang kita ada dalam diri kita dan dalam gengaman kita sehingga kita kehilangannya.. hargailah sebelum terlambat. usaha lah supaya ia sentiasa bersama kita.

wallahualam…

Post

Tribute to them I

this post is tribute to them..

aku sendiri jika di tempat korang, aku rasa aku takkan setabah korang. betul ni aku cakap.. kalau aku ditempat korang, memang perkara tersebut tak mampu aku telan, i dunno how to describe it.

tapi cuma satu lah nasihat sebagai seorang kawan, dan seorang abg kepada adik adik, segala apa yang berlaku pada kita, itu semua ada hikmahnya, kadang kala kite perlu melalui pengalaman yang teruk untuk mencapai kebahagian yang sebenarnya akan kita perolehi dan hargai setelah kita melalui penderitaan tersebut. Allah menguji insan yang mereka sayangi. ujian itu kalau kita terima dengan redha dan berusaha menghadapi ujian tersebut, insyAllah akan ada balasannya.

namun begitu, aku tau, perkara yang akan kita lalui itu tak semudah apa yang orang lain tengok. cakap jer pandai takde gune kan? we never know what will happen to us..

so i will story ‘duri’ yang pernah aku lalui selama aku hidup ni…

aku dibesarkan dalam 6 orang adik beradik, dari sekolah rendah, aku sebagai yang sulung memang dah belajar untuk berdikari, ini kerana mak ayah aku membanting tulang mencari rezeki untuk kami adik beradik, keadaan hidup kami dahulu takde sesenang sekarang, paling aku bersyukur kerana aku dilahirkan dalam keluarga aku sekarang, ayah aku menjadi idola aku, bagaimana beliau mengajar aku berjimat, bagaimana dia mendidik aku menjadi seorang yang berdikari, apa yang ayah ceritakan tentang kesusahan hidup ayah dulu memang memberikan input yang berguna pada aku agar menghargai apa yang aku perolehi selama aku hidup.

di sekolah rendah, aku tak sehebat kawan-kawan seumur dengan ku, ada sesetengahnya memang memandang rendah, kadang-kadang aku dipulaukan sebab? aku memang tak dapat tolong dierorg, aku juga tak sehebat mana dalam pelajaran, yang cuma aku tau, aku menghargai persahabatan. tiap-tiap kalau ada kelas petang, memang aku takkan balik ke rumah, sekolah rendah dah blajar stay kat skolah, beg di isi sekali dengan baju tambahan, sebab tak pulang ke rumah, jadi sambil tunggu waktu kelas tambahan, aku pergi dulu ke library. atau melepak kat kedai ABC kat lot 144. lupa dah name pakcik tu, tapi tiap kali aku ke kemaman akan aku lalui tempat yang sentiasa aku menghabiskan masa dulu. dengar kata pakcik tu pun dah meninggal.

kawan yang sentiasa teman aku dulu seingat aku azfar. kadang-kadang stay sorang-sorang jer kat skolah. nak balik rumah kena naik bas, alang-alang tunggu waktu kelas tambahan. so boleh balik rumah bila sekolah sesi petang tamat. baru aku balik rumah.

aku sangat hargai penat lelah ayah dan mak aku, mak aku pagi-pagi dah bangun untuk masak makanan tengahhari untuk kami adik beradik, ayah aku pulak dah balik kerja penat, malamnya hantar kami ke tuisyen, lepas tuisyen datang pulak ambil, semua untuk kebaikkan aku dan adik beradik. tapi aku ni pulak jenis lambat pandai.. tak pandai-pandai juga. UPSR pun sekadar dapat 3A 2B, nombor dalam kelas tak no ‘bong’, mesti nyaris2 nak ‘bong’, tak seperti kawan-kawan lain, cemerlang, masuk ke sekolah berasrama penuh, aku? borang di isi, tapi harapan langsung tak ada. 3A jer beb..

habis di sekolah rendah, sekolah menengah aku teruskan di SMASID, pun sama, keadaan, aku tak bijak macam orang lain, so no tetap yang terkebelakang. nak merasa no yang terkedepan? mimpi lah… hahahaha.. apepun, usaha tetap diteruskan. asal merasa nak tinggal di asrama SMASID disebabkan oleh ‘kawan’ yang pujuk, cara dierorg berkawan di smasid ni lebih kepada puak-puak, kawan yang duk diluar satu puak, kawan di asrama satu puak. jadi sorang kawan ni pun hasut mengasutlah.. kate best duk asrama, so bila duk asrama… kawan yang duk ajak2 ni tinggalkan aku gitu jer, jadi takde kawan lah. ye lah dulu pentingkan persahabatan, budak-budak. ade geng baru seronok. so sempat duk sebulan, tringat rumah.. jadi ayah aku pun usaha kluarkan balik pulak aku dari asrama.. sian ayah aku, ikut ‘erer’ sangat anok dia ni. so berulang alik aku dengan bas dari PAKA ke Dungun, bas pukul 6.30 lewat kene tinggal. masa ni juga ayah aku banyak berkorban, ye lah tambang bas dah brape ringgit, pagi-pagi buta dah kene hantar aku kat depan. balik takpe lah aku balik dari luar jalan kaki, jarak lebih kurang 1kilo jer, ade rezeki mak ayah aku tak kerja dierorg datang ambik pickup. sronok dapat merasa aircond balik dari sekolah, tak perlu jalan kaki.

masa ni tugas aku sebagai abg tolong tengok2 adik-adik. ada pernah sekali, balik-balik orang gaji aku takde kat rumah, dah lari.. tinggal adik aku jer.. ish-ish-ish.. bahaye betul… so lepas daripada tu adik-adik mak hantar rumah pengasuh, aku dan adik2 aku yang dah bersekolah menengah dah boleh berdikari jaga diri sendiri. cuma mak akan masak pagi-pagi utk makanan tengahhari kiteorg. terima kasih mak. tu lah mak masak sokmo, aku ni jadi taklalu nak makan masakan orang lain daripada masakan mak aku, masakan mak aku adalah masakan the best in the world!!!

di SMASID aku duduki pmr, masa tu keluarga aku lebih senang daripada di kemaman. kami tak kaya, tapi kami bahagia. aku dapat PMR 1A jer… yang lain b dan 1D. Ini disebabkan keluarga aku berpindah ke luar negara. di sudan africa. pulang ke terengganu kerana terpaksa, sbelum berpindah memang aku dah harapkan sorang kawan untuk membantu pendaftaran pmr aku, disamping tokki yang ada di dungun yang membantu dalam segala hal. jadi thanks tu najmuddin, dia banyak membantu!.. dari segi kerja kursus dan sebagainya. takpe lah.. 1A pun dan memadai.. lepas PMR aku dan keluarga kembali semula ke Sudan. mungkin hal di sudan aku akan ceritakan pada post yang lain.

form 4 aku pulang seorang dan tinggal dengan tokki di dungun, ini kerana aku memilih untuk mengambil peperiksaan SPM, so pertengahan tingkatan 4 aku mendaftar SPM di SMK Seri Dungun. sini ramai lawan ramai kawan yang aku dapat. aku tinggal berseorangan diawasi oleh tokki aku di dungun. tapi awasi orang tua apa sangat, tapi Alhamdulilah aku dok lah laro… dok sempt nak jadi geng chonget menyonget… 24jam kerja aku stdy sebab nak catch up semua subject daripada form 2-4. so apa lagi.. start gear 5 terus lah.. hahaha pergi skolah, balik skolah gi tuisyen. balik tuisyen rest kejap, malam gi tuisyen lagi..

masih aku ingat, masa 1st masuk kelas, dierorg tengah buat test sejarah.. adula… aku ni plak 1st day masuk kelas di malaysia selama 2tahun tinggal kelas malaysia, tiba2 masuk terus ada test.. so nak tak nak buka kertas soalan jawab jer lah.. soalan essay patut aku buat karangan aku tulis jawapan dalam bentuk point.. ahahhaha.. memang lawak, aku tak tau cara camne nak jawab.. dah lah merapu2 jawab.. kami di sudan belajar sejarah dunia. sejarah perang dan sebagainya. datang ke malaysia ingat-ingat lupa gitu lah. walaupun cerita paramiswara tak pernah aku lupa.. tapi ada bahagian yang kepala otak ni bukan sentiasa dapat mengingati.. SPM aku dapat 2A jer… yang huduh yang lain tu tak dapat lah..

(bersambung… perlu study utk software matrik esok)