Posts tagged ‘UMT’
[isu hot]cmark formal method
ok kawan-kawan.. start dari hari ni.. aku akan start post.. ape isu paling hot untuk hari ni so pembuka tirai paling hot ialah
=================================
1st hot- Markah carry mark formal method
================================
2nd hot – Ambulan dan Bomba kluar masuk umt. (update terkini akan di laporkan dari masa ke semasa)
- Update : bangunan yang sedang dibina di sebelah mini theater umt runtuh.
Seorang Maut, Empat Cedera, Para Besi Bangunan Umt Runtuh
KUALA TERENGGANU, 29 Mac (Bernama) — Seorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh dalam satu kejadian petang Isnin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Pauzan Ahmad berkata buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya empat rakan mangsa dilaporkan cedera termasuk seorang cedera parah akibat dihempap dan terjatuh dari para besi yang runtuh ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit di bangunan itu pada kira-kira pukul 5.10 petang.
Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum diperolehi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
“Ketika sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan tangki air di tingkat empat bangunan itu iaitu di ketinggian lapan meter, para besi yang diduduki oleh beberapa pekerja tiba-tiba runtuh bersama konkrit tangki air yang masih belum keras.
“Konkrit bersama para besi itu kemudian menimpa beberapa orang lagi pekerja Bangladesh yang sedang melakukan kerja-kerja membancuh simen di bawah,” katanya.
Pauzan berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Anggota penyelamat terdiri daripada polis, bomba, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) masih berada di tempat kejadian sehingga pukul 8 malam ini untuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat jika terdapat mangsa yang masih tertimbus ekoran kejadian itu.
Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT setinggi empat tingkat itu mula dibina pada 15 Dis 2008 dan dijangka siap 18 Oktober tahun ini.
Seorang saksi yang juga juruperunding untuk projek berkenaan Sharif Dollah, 30-an berkata beliau berada di kawasan berhampiran apabila tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan.
“Saya nampak beberapa orang pekerja Bangladesh terjatuh dari para besi yang runtuh itu, dan apabila menghampiri tempat kejadian saya dapati mereka telah berlumuran dengan simen yang masih basah dan ada yang berdarah,” katanya. Beliau berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira lapan orang pekerja Bangladesh sedang melakukan kerja-kerja di situ.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said turut melawat tempat kejadian sejurus selepas menerima maklumat tentang kejadian itu.
Beliau melahirkan rasa sedih terhadap kejadian itu dan menyifatkan ia berpunca daripada kecuaian pekerja itu sendiri.
Sehubungan itu, beliau menasihati pekerja-pekerja pembinaan supaya mengutamakan aspek keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian hari ini.
Sumber : Bernama
==================================================================================
nak ulas panjang bahaya. s
hitam manis
tadi waktu gi kat jembal futsal setelah penat mengayuh mengililingi tok jembal, sambil duk borak2 dengan MSG, MSG pun gi sebut ‘itam’ so dengan tak semena2nya aku teringat lagu ni…
Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Pandang tak jemu pandang tak jemu
Yang hitam manis pandang tak jemu
Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Paras mu cantii buah hati ku
Sian dan malam selalu ku rindu
Di waktu bulan terang cuaca aaa…
Ku pejam mata tapi tak lena
Yang hitam manis datang menjelma
Yang hitam manis datang menjelma
Kenangan yang menggoda
Aku teringat pandang pertama
Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Pandang tak jemu pandang tak jemu
Yang hitam manis pandang tak jemu
sedap jugak nyanyi lagu ni time dinner nanti ni.. takpun aku akan try cari lagu ni bile gi karok nanti.. to musang, kalau baca post ni, kali ni ko kene gi karok lah ngan geng2 m121..
catuan di umt bermula
korang prasan tak dalam minggu ni, jalan depan cancelori tu gelap, dan kat foyer library semua plug takde elektrik dicampur pulak lagi dengan bilik 24jam takde aircond? Aku mula-mula ingatkan takde mende yang perlu diambil perhatian, sebab mende ni dah jadi “perkara biasa” bagi kiteorg ni yang memang menjadikan tempat di bawah foyer tu
tempat study dan tempat buat kerje. tambah lagi pulak, kiteorg ni gune plug utk sambung laptop tu..
alangkah best nye jugak, kalau umt ni ala-ala streamyx, bila kite buat aduan, dierorg akan bagi ribet selama mana kemudahan tu tak dapat diberikan kepada pelanggan. so kalau kire kat sini.. 3 kemudahan asas bagi seorang pelajar (read: orang yang tengah suntuk masa utk buat fyp) iaitu, air, elektrik dan juga internet.
so elektrik dah satu hal. perkara tu dapat diselesaikan dengan masuk ke dalam library yang mempunyai plug yang banyak. tapi keburukan ialah, jamban library ni pulak takde air.. aik kene catu jugak ke? ish.. ish .. ish.. air kat umt ni pun kene catu.. so terpakse lah, nak kencing berak, kene balik rumah. so mintak maaf lah pakcik-pakcik atau makcik2 terkejut kalau tengok kete blm warne biru bedesit bawak, tu dah kira emergency tahap ke 2 dah tu.. jadi mohon adik kakok semua maaf kan saye k.. tak maaf .. dosee……..
yang seterusnya internet. .. siang hari.. yang tu block.. yang ni block… then malam hari plak ok.. tapi untuk minggu ni.. mintak maaf.. UMT (read: kawasan library) no internet!! ye… no internet.. adula… macam-macam.. kalau ke-3 bende keperluan ni takde.. jawapannya.. susah lah nak buat kerje.. internet boleh selesaikan dengan pakai broadband sendiri. air takkan nak bawak baldi, jamban library pun dah jadi macam jamban awam.. macam-macma bau dah ada disebabkan takde air. mungkin ade yang tak sempat tu menembak merata-rata ar jawabnya, lagi-lagi yang tak check dulu ade tak air..