Teguran Membawa Kebaikan?
Assalamualaikum wbt
Ingin saya mengajak anda dan rakan-rakan semua melihat tentang topic di atas. adakah teguran anda boleh membawa kebaikan atau kemusnahan?
menjadi satu isu apabila kita menegur secara terus kepada rakan-rakan yang sedang berqso didalam repeater. teguran seperti itu menjatuhkan aib dimuka rakan tersebut juga.
namun begitu fenomena radio amatur di pantai timur (terengganu khususnya) amat lah mendukacitakan sekarang. sehingga ada rakan yang sanggup bercakap berlagu didalam repeater yang mana mengatakan perkara tersebut tidak menyalahi mana-mana sop. kesilapan pemahaman rakan ini membawa satu ajaran songsang boleh menyebabkan nama pengguna radio amatur pantai timur busuk dik kerana kelakuan ini.
Apa sebenarnye yang terjadi? Radio amatur itu sebenarnya adalah satu hobi!! kenapa dibuat semacam tempat pertempuran. merosakkan hubungan persahabatan yang murni ini? entah lah labu…. ponat din memikir.
kepada rakan-rakan baru pula. diharap tidak terus terkecil hati apabila ditegur seperti itu. kadang kala kita belajar dari kesalahan. namun begitu rakan-rakan lama yang ingin memberi teguran pula perlu bersesuaian dengan cara.
jadi.. jangan buat radio amatur ni macam satu tapak perlawanan. ini adalah hobi!!!
Related posts:
Leave a comment