Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/e1rsbco/public_html/hafriz/wp-content/plugins/facebook-import-comments/classes/FacebookCommentImporter.php on line 185
Your browser (Internet Explorer 6) is out of date. It has known security flaws and may not display all features of this and other websites. Learn how to update your browser.
X
Post

Tiada Sivik

ni sambungan daripada entri kerana budu setitik 1 dan budu setitik 2..  entri ni khas untuk warga KMP a.k.a Kolej Matrikulasi Pahang, yang sempat menjadi jiran kami untuk sehari semalam(nasib baik sehari semalam jer).

Program dierorg yang dinamakan program latihan luar kolej? . mula2 mula aku tengok banner dierorg bagus ni.. latihan luar, dengan ceramah, motivasi, jungle traking, tapi bila dierorg sampai, meleset terus, daripada pukul 1tghhari sampai lah ke 1 pagi.. bunyi bising membingitkan seluruh kawasan campsite kat agro resort tu. bukan dengan ceramah, bukan dengan taklimat untuk pelajar dierorg, tapi dengan urusetia dierorg duk karaoke. So aku dengan perasaan yang asalnya bangga dengan cara kolej ni bawak anak murid dari pahang ke sini untuk membuat latihan terus bertukar rasa.. kenapa? keadaan urusetia(tak tau kalangan pengajar ke, kerani ke) dierorg yang langsung takde sivik/moral. Terus dalam kepala aku pikir, anak murid bila takde kat campsite jer, trus set karaoke tak berhenti berkejer. ishhh camne lah boleh bawak set karok, bergumbira, release tensen tapi buatkan orang lain tensyen

yaa.. korang mesti pikir aku ni kacau tepi kain dierorg kan.. lantak dierorg lah nak buat ape pun.. bukan duit aku kan? yaa.. aku pun kalau dierorg tak kacau aku, tak kacau tidur aku… tak memekak siang malam takde pulak aku bising. Peratusan yang datang ke agro setiu resort tu untuk menikmati kedamaian, menikmati suasana hutan. bukan dengar dierorg karaoke sehingga seluruh agro boleh dengar!!.. kalau ada time, cth petang, atau tengah hari jer dierorg karaoke takpe.. ni pagi, tghhari, malam, tengah malam.. sampai ke pukul 1 pagi masih dengar dierorg karaoke.

jadi dalam pemikiran aku,  jangan salahkan anak murid kalau urusetia dah gitu, datang ke satu tempat, pemikiran letak kat kepala lutut. kami jiran sebelah camp site dierorg makan hati, takde masa untuk rest kepala, nasib baik dierorg datang lewat semalaman. kalau tak, conform kiteorg semua tensyen. datang dengan niat untuk release tensyen. dierorg datang menyebabkan ketensyenan kiteorg bertambah.

ada satu lagi kesah yang kelakar juga untuk dikonsgi bersama. oleh sebab dierorg duk karaoke ni, salah sorang budak ni saje-je nak test. ye lah nak buat baik2 dengan jiran sebelah, kot2 dierorg memahami perasaan kiteorg, so brother ni gi lah aproach kat campsite dierorg, then gatal mulut tanye, boleh ke dierrog join skali karaoke sampai pagi?.. hahahah.. “cikgu” dierorg ni pun jawab… “ohh… kami dah nak tutup dahni”… then dengan hampa yang tak seberapa hampa ni brother ni pun balik ke campsite. lepas dierrog balik.. “urusetia” dierorg ni pun sambung balik karoke untuk sejam dua lagi… hahahahahahahahahhaha.. memang lawak..

tapi untuk warga urusetia camp KOLEJ MATRIKULASI PAHANG, satu jer aku kat sini nak ucapkan, aku harap korang jangan lah buat perangai buruk gitu lagi, lagi-lagi tempat cam gitu, tempat orang release tensyen, dengan keindahan alam, fauna, korang gi bawak set karaoke korang dari pahang tu datang ke tapak campsite, untuk berhibur, silap tempat tu bro!!.. kalau nak karoke, korang gi tengah bandar KL lah buat camping kat sana…

kiteorg bukan ape, kalau korang tak membingitkan telinga kiteorg, kiteorg takkan bising-bising. sampai guest lain pun bising marah2 dengan korang. tapi yang tak bestnye kalau dierorg tanye budak2 umt, dierorg takkan akan tanye, sapa yang tengah bercamping  kat tapak tu?, oleh sebab kiteorg menumpang skali campsite dengan korang, kiteorg pun dapat nama yang busuk. tapi takde masalah… kiteorg dah explain dan yang penting banner korang dah terpampang. memang busuk name korang lah, bukan name kiteorg.

ingat lah, hidup berjiran memang gitu, kalau kiteorg pandai hormat korang yang datang dengan tak buat bising time anak murid korang tidur, kiteorg takde masalah.. tapi oleh sebab anak murid korang ada aktivit tak tidur lagi, so korang pun ingat kiteorg pun tak perlu tidur? kapla di lutut ka?

yang nak gi ke setiu agro resort atau mana-mana resort, sebelum call korang check dulu samada ada tak kolej matrikulasi pahang buat program kat situ, kalau anak murid aje yang buat tanpa kehadiran para urusetia yang sama di setiu agro resort tu, korang selamat, tapi kalau urusetia yang sama.. sila cari tempat lain. untuk resort / hotel buat larangan untuk KMP bawak set karaoke dierorg kalau datang ke tempat korang. conform ramai yang akan mengadu. ingat. customer lain pun ada hak.  jangan rosakkan reputasi tempat korang disebabkan program karaoke KMP

ape pun, satu pengajaran yang urusetia (sape yang jadi urusetia dierorg? pihak luar ke? cikgu cikgi ke? walahualam) kmp kene blajar ialah, tooooolongggg lah belajar sivik and moral sikit… biar korang tu boleh berfikir jugak untuk orang lain. so pasni KMP sila buat kem untuk baka urusetia camp di KMP pulak, anak murid rasanya dah ok dah tu… sebab anak murid takde nak melalak sampai pagi. logik akal pun time tu orang tidur, kalau kedai karaoke pun wajib tutup selepas pukul 12 (read: dierorg pakai bilik kalis bunyi yang bunyi yang keluar amat sikit untuk dibandingkan dengan korang yang melalak tengah campsite tu dengan gema lagi). so hopefully korang insaf lah yer.. ingat!!!! korang urusetia, tak kira lah korang orang luar ke… orang dalam ke… korang adalah yang menentukan hasil daripada KMP.. utk kmp, kalau korang subkan urusetia program di agro resort setiu tu, rasanya boleh dah cari contractor lain. Dan kalau nak pakai jgk urusetia sama, please pastikan jangan disediakan set karaoke, kerana dierorg semua memang gila mic, siap sedia lah dierorg karaoke sampai pagi.

korang pun bleh baca apa luahan hati si TMUKmkd

Related posts:

  1. Bila Manusia Mementingkan Diri Sendiri
  2. Kerana Budu Setitik 1…
  3. kerana budu setitik 2…
  • hambekkkkk!!! tu dia~ panjang berjela :D

    TMUkmkd

    1 March 2010

  • [...] masalah entah. Mungkin bukan orang KMP sendiri. Mungkin Hafriz ada pendapat sendiri tentang masalah orang KMP tiada kesedaran sivik [...]

Leave a comment  

name*

email*

website

Submit comment