Tribute to Them II
sambungan daripada crita Tribute to them I…
oleh kerana aku ni ngok dan tak pandai, bukan aku tak usaha, bagai nak rak spm, dapat result betapa rasa kecewa nya sapa yang tau. balik rumah, duk dalam bilik menangis sampai tertidur. tapi apa nak buat, itu je rezeki aku, kecewa lagi. jadi takde lagi kan tak keciwa stakat ni?..
dengan keadaan aku yang hanya dapat 2A, nak mintak matrik? hahahaha.. ya jangan pandang leceh lah.. aku mintak jugak…. seme tempat aku mintak… last2 ade rezeki aku ke KUSZA (sekarang dengan nama UDM). Oleh sebab selama aku SPM aku tak berenti-renti study, jadi keadaan tu terbawa-bawa ke udm, duduk saja rasa kekok. so aku study.. dan study… Alhamdulilah… keadaan tersebut berkekalan sampai sekarang.
merasai bagaimana dapat mengembirakan kedua ibu bapa sewaktu kita menyerahkan keputusan peperiksaan kita. dari riak wajah mereka kita dapat merasai satu kepuasan dan bangganya kita menjadi anak mereka. perasaan seronok kita pun lebih dari yang lain, buat waktu itu, hanya kegembiraan dengan kejayaan kita jer lah boleh kita balas atas apa usaha dan penat lelah dierorg masih membesarkan kita. Mereka juga lah bagi support masa kita down / bermasaalah, mereka tak pernah marah bila keputusan kita jatuh, namun berikan lah mereka satu kebanggaan saat bila kita menunjukkan keputusan kita. itu adalah tugas kita sebenarnya. kepada mereka yang belum lagi tercapai hasrat dan dapat melakukan tugas tersebut, teruskan usaha. kekecewaan sekarang bukan bermaksud noktah dalam hidup, jangan jadikan kekecewaan itu satu beban yang menyebabkan seluruh cita-cita kita terkubur begitu saja.
cuma kat sini, aku nak nasihatkan kawan-kawan yang mungkin datang menyingah membaca, yang mana takda rezeki utk dapat satu ‘kebahagian’ yang orang lain dapat. kita tetap usaha dan terus usaha. tak dapat usaha lagi.. tak dapat usaha lagi.. dan jangan lupa disusuli dengan memohon kepada yang esa. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. insyAllah apa yang berlaku tu dah ketentuannya, cuma apa yang kita perlu buat, berusaha.
ada yang pernah kata… “aku dah usaha, tapi tetap sama juga”.. masa ni kita kene muhasabah diri kita, usaha kita tu setimpal tak dengan apa yang kita impi kan? kita nak memiliki sesuatu itu perlu kan pada usaha. usaha biar setimpal. kalau kita telah usaha, tetapi impian kita itu belum tercapai. itu bermakna usaha kita masih tidak cukup. tambahkan lagi tambahkan lagi.. dan macam mana kita nak tau usaha kita dah cukup? bila kita dah mencapai apa yang kita inginkan.
kadang-kadang, kita tak boleh mengukur diri kita dengan melihat pada orang lain, kita boleh lihat, orang itu dengan usaha sama seperti kita tetapi dapat mencapai apa yang dia inginkan. tetapi kita dengan usaha yang sama tetapi tidak dapat mencapai apa yang kita inginkan, pelik kan? ya memang pelik. sebab kita adalah diri kita, dia adalah diri dia. setiap manusia dikurniakan dengan kelebihan masing-masing. mungkin kebijaksanaan kita tak sama dengan dia, jadi usaha kita perlu lebih daripada dia.
cuma satu jer, kita takkan tahu apa akan berlaku pada hari esok pada kita, mati ke? sakit ke? berjaya ke? cuma satu jer, doa dan usaha adalah yang penting. satu pesanan but not least.. kadang-kadang kita tak menghargai apa yang kita ada dalam diri kita dan dalam gengaman kita sehingga kita kehilangannya.. hargailah sebelum terlambat. usaha lah supaya ia sentiasa bersama kita.
wallahualam…
Related posts:
Leave a comment
hafriz. huuu. terharu baca post kau. tribute to them part i and ii. hebat sgguh mung! aku dlu lbey kurg mcm kau. huu. sedih gak la jd cmni skrg. makin ta pandai. kena blaja teruk2 untuk final.thanx sbb bg input yg sgt berguna untuk aku time2 cmni!
bel
24 March 2010
haha.. thanks bel for comment by. banyak mende lagi nak diceritakan, tapi dalam post ni tak sempat. tapi ape pun, mende yang kita lalui kadang-kadang tak seperti yang kita rancangkan. cuma kalau dah kita rancangkan seperti tu, kita usaha supaya ke arah tu
. tak dapat tu adalah kelemahan kite jangan kita point pada orang lain.. cuba perbaiki, sampai masa nanti.. impian kita tu akan sampai. kecuali kita tak berkehendak
h@fr|z
24 March 2010
insaf akak baca ni… citer la pasal sudan… my sis pon ada wat phd kat sana…
amnikhassim
1 April 2010
insyAllah kak.. nanti akan crite
.. there i a lot of experience them.. kebanyakkan menginsafkan..
h@fr|z
1 April 2010