Wahai Rakan-rakan Beringat Lah
SERDANG: Ugutan menggagalkan subjek pengajian menyebabkan seorang pelajar perempuan sebuah institut pengajian tinggi di sini terpaksa menyembunyikan kejadian dia diperkosa pensyarah, Disember lalu.
Tindakannya memendam rasa bagaimanapun menyebabkan siswi itu trauma sebelum mengambil keputusan mendedahkan rahsia pensyarah itu, baru-baru ini.
Difahamkan, mangsa berusia 26 tahun mendakwa dirogol ketika menghantar tugasan akademik di bilik pensyarah berkenaan, Disember lalu.
Sumber berkata, mangsa dikatakan menemui pensyarah berusia 56 tahun itu bersendirian di pejabatnya untuk menyerahkan tugasan.
“Ketika kejadian, hanya mangsa dan suspek berada dalam bilik itu.
“Suspek yang sedang melihat kertas tugasan itu bagaimanapun tiba-tiba bangun dari kerusinya dan mengunci pintu bilik sebelum memeluk mangsa.
“Mangsa yang terkejut cuba menjerit, namun pensyarah terbabit menutup mulutnya dengan tangan sebelum merogolnya,” katanya di sini, semalam.
Menurut sumber, tidak cukup dengan itu, suspek turut mengugut mangsa untuk menggagalkannya dalam subjek berkenaan jika mendedahkan kejadian itu kepada orang lain.
“Namun, mangsa yang tertekan dengan kejadian itu akhirnya membuat laporan di balai polis berhampiran, Rabu minggu lalu kerana tidak tahan menanggung trauma akibat kejadian itu,” katanya.
Menurutnya, selain trauma, mangsa mendakwa turut mengalami kemurungan selain prestasi pelajarannya yang semakin merosot berikutan kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II Hasnan Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan berkata, pihaknya sedang menyiasat kes terbabit.
dipetik dari harian metro 16/03/2009
Related posts:
Leave a comment
adus.. bahaya tu… lain kali biar berteman…
p/s: aku rasa penyarah tu pun pikir dia macam nak mengoda je.. haaaaaa kan dah kene..
TMUkmkd
16 March 2009
erm kecian gak kat minah tu tapi aku rase xleh gak nak salahkan si perogol tu 100%..
si mangsa tu,seksi x pemakaian dia?
tapi memang berdosa besar la rogol2 ni….
kadang fikir,umur da masok tahap kubur kate mari,rumah kata pergi pon,sti leh wat hal cam 2 kan?
nauzubillah hi min zalik
jie
17 March 2009